Taylor Swift Bergaduh Dengan Katy Perry?

Oleh: Mujahid Saddam
 
Taylor Swift - Julien Macdonald.

Gambar: Arkib

 
Dalam satu temubual dengan sebuah majalah mengenai album barunya yang akan berada di pasaran Oktober nanti, Taylor Swift menjelaskan mengenai sebuah lagu yang bertajuk ‘Bad Blood’, berkisar tentang persahabatannya dengan seorang artis perempuan yang berakhir dengan pertelingkahan.
 
Jelas Taylor, “Selama beberapa tahun saya tidak pasti sama ada kami adalah kawan ataupun tidak. Dia akan datang berjumpa saya di majlis anugerah untuk berkata sesuatu, dan kemudiannya pergi dari situ. Saya pula akan terfikir, ‘adakah kami kawan, atau dia menyindir saya dengan sindiran paling buruk pernah saya terima sepanjang hidup saya?’ Kemudian tahun lepas, dia membuat suatu perkara yang amat teruk. Saya terus sedar yang oh, kami sebenarnya adalah musuh.”
 
Dia turut menambah: “Semua ini terjadi bukanlah disebabkan pergaduhan kerana seorang lelaki. Sebaliknya kerana bisnes… Dia cuba untuk sabotaj konsert saya. Dia secara licik ingin mengupah beberapa orang yang bekerja untuk konsert saya supaya pergi mengikut dia. Saya pula jenis seorang yang tidak sukakan konfrontasi. Saya tidak sukakan konflik. Jadi sekarang saya hanya mengelakkan dari berjumpa dia. Ianya sungguh janggal, saya tidak suka.”
 
Peminat mula membuat spekulasi di internet bahawa selebriti wanita yang disebutkan itu adalah Katy Perry. Sewaktu Taylor menjalani konsert jelajah Red, Katy pada masa yang sama turut menjalankan konsert Prismatic. Tiga orang penari Taylor dikatakan meninggalkan Red untuk menyertai Katy.
 
Sejurus selepas wawancara itu disiarkan, Katy Perry menerusi akaun Twitternya mengeluarkan tweet sinis “Hati-hati dengan Regina George yang umpama serigala bertopengkan kambing”. Regina George merupakan karakter jahat dan licik dalam filem Mean Girls, Katy seakan menujukan tweet itu kepada Taylor dengan mengatakan bahawa dia seorang wanita licik berpura-pura baik.
 
Walaupun Taylor menjelaskan bahawa mereka bukan bergaduh kerana seorang lelaki, Katy dan Taylor pernah bercinta dengan lelaki sama iaitu penyanyi John Mayer.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link