Taylor Swift Ke Malaysia Jun Ini!

Oleh: Farhana Fuad

1

Gambar: joshuaongys.com

 
Buat pertama kalinya bintang pop-country Amerika Syarikat ini akan membuat konsert sulungnya di Malaysia pada 11 Jun ini.  Taylor Swift yang dikenali dengan personalitinya yang sweetheart serta bakat nyanyian membuat tour konsert di seluruh rantau Asia Tenggara termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia.
 
Taylor Swift Red tour

Gambar: theguardian.com

 
Taylor Swift sudah bersedia untuk menggegarkan Kuala Lumpur tidak lama lagi di Stadium Putra Bukit Jalil (indoor) apabila menerima banyak permintaan dari peminatnya di rantau Asia. Bintang Amerika Syarikat ini mula melonjak naik dengan lagu hitsnya I Knew You Were Trouble, You Belong With Me, Love Story dan Mean.
 
Sambutan dari peminat Taylor Swift di Malaysia sememangnya cukup hangat memandangkan tiket yang sudah mula dijual 1 Mac lalu telah sold-out dalam masa beberapa hari sahaja. Nampaknya peminat pop-star ini betul-betul tidak sabar untuk menghadiri konsert The Red Tour 2014 ini bukan saja untuk menikmati lagu-lagu hit Taylor dinyanyikan secara live tetapi juga aksinya di pentas yang tentunya bakal menghangatkan malam itu. The Red Tour dibawakan oleh Cornetto dan AEG Live.
 
 

Share via
Copy link