Teman Baik Taylor Swift

Oleh Anis Hanini

Gambar: Instagram

 

Penyanyi berusia 24 tahun ini ditemubual oleh Ryan Seacrest baru-baru ini dan dikatakan memiliki 15 sahabat baik! Kami senaraikan antara sahabat seni Taylor.
 
Lorde & Taylor Swift2

Lorde
Persahabatan mereka agak goyah pada mulanya terutama apabila Lorde dikatakan mengutuk Taylor dengan mengatakan bahawa Taylor ‘terlalu sempurna dan sukar untuk dicapai’. Namun, kini persahabatan mereka mula akrab dan mereka seringkali dilihat menghabiskan masa bersama-sama. Malah, dengar juga desas desus bahawa dua penyanyi berbakat ini bakal berkolaborasi untuk menghasilkan lagu baru.
 
Selena Gomez & Taylor Swift2

Selena Gomez
Selena dan Taylor seringkali duduk bersebelah di mana-mana majlis anugerah, menghantar tweet, mengadakan slumber party, dan membantu masing-masing ketika menghadapi kekecewaan dalam cinta. Tetapi awal tahun 2014, dikatakan persahabatan mereka mula retak apabila dikatakan Selena kembali kepada Justin Bieber walaupun tidak direstui oleh Taylor. Tambahan pula, Taylor kini lebih rapat dengan Lorde yang sebelum ini menganggap Selena sebagai anti feminist. Ouch!
 

Karlie Kloss & Taylor Swift2

Karlie Kloss

Sebelum meneruskan lawatan persembahan ke seluruh dunia, terutamanya ke Kuala Lumpur pada 11 Jun ini, Taylor mengikut road trip ke Big Sur, California bersama supermodel terkenal Karlie Kloss. Mereka mula berkawan ketika Taylor mengadakan persembahan di Victoria’s Secret Runway Show dan bertemu lagi di majlis Elton John AIDS Foundation Oscar. Tinggi, rambut blonde dan cantik, dua sahabat baik ini juga kelihatan bak sepasang kembar!
 
Elie Goulding & Taylor Swift2

Ellie Goulding

Lokasi mereka mungkin berjauhan tetapi ini tidak menghalang Taylor untuk meminta Ellie melakukan persembahan bersamanya di Staples Center, Los Angeles tahun lalu. Mereka bukan sahaja penyanyi berbakat, malah kedua-duanya pernah bercinta dengan ahli One Direction (Harry Styles bersama Taylor dan Ellie Goulding bersama Niall Horan).
 
Hailee Steinfeld & Taylor Swift2

Hailee Steinfeld

Perbezaan umur mereka mungkin agak ketara – Taylor berusia 24 tahun manakala Hailee pula 17 tahun – namun ini tidak bermakna mereka tidak boleh berkawan rapat. Taylor dan Hailee berkongsi minat membuat biskut dan menonton video kucing di YouTube. Malah, sepanjang musim perayaan tahun lalu, mereka banyak menghabiskan masa membuat kad perayaan dan pernah bercuti bersama-sama di Paris.
 
 

Ed Sheeran & Taylor Swift2

Ed Sheeran

Penyanyi dan penulis lagu dari United Kingdom ini mula menarik perhatian dunia muzik apabila dijemput oleh Taylor sebagai persembahan pembukaan ketika lawatan persembahan Red di seluruh Amerika Syarikat. “Persaingan terhebat saya mungkin seseorang seperti Taylor. Ia persaingan yang sihat. Saya mengagumi Taylor kerana dia salah seorang artis paling terkenal di dunia dan saya inginkan kerjaya seperti itu,” kata Ed.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link