Tercalon Dalam E! People’s Choice Awards 2019, Yuna Berjaya Harumkan Nama Malaysia!

Gambar: instagram.com/yuna

 

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau lebih mesra disapa Yuna menzahirkan rasa gembira  di laman Instagram miliknya selepas berjaya dicalonkan dalam kategori Most Inspiring Asian Woman untuk acara berprestij E! People’s Choice Awards 2019.

 

Tulis Yuna, beliau amat berbangga di atas pencapaian ini malah mengakui langsung tidak pernah terfikir untuk tergolong dalam kelompok finalis bersama 7 pesaing lain dalam kategori tersebut.

 

Beliau yang merasakan dirinya amat kerdil semasa di awal pembabitan dalam industri muzik dahulu telah mampu menghembus nafas syukur dengan kerja keras yang diharunginya serta cabaran dan pengalaman yang kurang menyenangkan sepanjang bergelar anak seni.

 

Maka tercalon dalam kategori wanita Asia paling menjadi inspirasi adalah sesuatu yang amat bermakna buat dirinya. Malah, Yuna juga turut menyeru kepada semua peminat dan rakyat Malaysia untuk mengundinya bagi membolehkan calon dari Malaysia merangkul pengiktirafan itu.

 

View this post on Instagram

Your girl Yuna is nominated for E! People’s Choice Awards for Most Inspiring Asian Woman 2019! Wow when I first got into this I always felt small, felt like I didnt deserve, felt like a lil bit of an outsider in every way.. so to be recognized as an inspiring asian woman means a lot to me.. I worked hard, and gone through a lot of things, sometimes not so pleasant things I fought really hard to stay true to my roots and be proud of my SEA heritage.. and finally me realizing my worth- as an Asian Muslim woman (musician!) in this world. Thank you @peopleschoice for this nomination, now its time to VOTE! watch my highlights and swipe up for the link, or go here bit.ly/yunavote LETS GO team #yunationals #teamyuna2019 PS: shoutout to @premosupremo for letting us use his dad’s car for #yunablankmarquee music video❤️

A post shared by Yuna ユナ (@yuna) on

 

“Bagaimanapun, saya tetap berjuang untuk terus teguh dengan jati diri dan bangga dengan asal-usul sebagai warga Asia Tenggara.

 

Akhirnya, usaha ini berbaloi apabila diiktiraf sebagai artis Muslim Asia di seluruh dunia. Terima kasih E! People’s Choice Awards untuk pencalonan ini dan semoga anda bantu mengundi saya” katanya.

 

Selain Yuna, Chutimon Chuengchareonsukying dari Thailand, CL (Korea Selatan), Alia Bhatt (India), Jung Yu-Mi (Korea Selatan), Praya Lundberg (Thailand), Raline Shah (Indonesia), dan Zhou Dongyu (China) antara individu yang tercalon dalam kategori yang sama.

 

Lebih menarik, kumpulan K-Pop tersohor dunia, BLACKPINK dan BTS juga antara yang berjaya tercalon dan berentap dalam tiga kategori iaitu The Group of 2019, The Concert Tour of 2019 dan The Music Video of 2019 bersama enam pencabar lain.

 

E! People’s Choice Awards 2019 akan berlangsung pada 11 November depan di Barker Hangar, California, AS dan sudah pasti acara yang paling dinanti-nantikan ini bakal mendapat liputan luas serata dunia serta kunjungan selebriti ternama.

 

Buat anda yang mahukan Malaysia merangkul kemenangan dalam kategori Most Inspiring Asian Woman 2019, curahkan sokongan anda dengan mengundi Yuna di sini: https://pca.eonline.com/ap/the-most-inspiring-asian-woman-of-2019

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link