The Weeknd Beli Kediaman Bernilai RM85Juta

1 of 41
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bintang hip-hop popular antarabangsa, The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Tesfaye dilaporkan baru sahaja membeli sebuah kediaman di Hidden Hills Los Angeles California yang bernilai $USD20juta (RM85Juta).

 

Gambar : Sumber Google

 

Dengan nilai yang begitu tinggi itu, Abel bakal mempunyai keluasan kediaman berukuran 13,391 kaki persegi, boleh kata cukup untuk mengelakkan dirinya dari kesibukan kerjaya sebagai seorang pemuzik sensasi dunia.

 

Rumah agam tersebut terletak di atas tanah berkeluasan tiga ekar. Dengan sembilan buah bilik tidur, 11 buah bilik mandi ternyata yang Abel punya banyak ruang untuk keluarga dan sahabat datang menginap.

 

Dengan kemudahan yang ada di rumahnya, penyanyi lagu Earned It ini boleh menikmati minuman wain di bilik wain bawah tanah, teater rumah, lounge muzik, gim dan banyak lagi.

 

Bahkan, estet ini turut mempunyai sebuah rumah tamu yang berukuran 1,200 kaki persegi. Ruang belakang rumahnya boleh buatkan ramai terpegun di mana terletaknya kolam renang air masin dengan kedalaman 12 kaki, spa untuk 10 orang, ruang masak terbuka dan pavilion hiburan yang besar.

 

Gambar : Sumber Google

 

Bukan itu sahaja, malah teman wanitanya Selena Gomez juga dilaporkan baru membeli sebuah kediaman di Studio City, California yang bernilai $USD2.25juta. Rumah yang baharu diubah suai ini mempunyai ukuran 3,188 kaki persegi dengan empat bilik tidur, empat bilik mandi dan dua buah walk-in closet. 

 

Boleh kata keseluruhan rumah Gomez ini memfokuskan pada ciri-cirinya yang dibina dengan pintu ala Perancis, lantai kayu dan siling berkubah dari bilik ke bilik.

 

Ruang belakang rumahnya pula dilengkapi dengan kolam renang, spa dan pavilion hiburan. Pasangan ini sememangnya bakal berpindah masuk ke kediaman masing-masing dan ini bermakna yang mereka mempunyai dua kediaman yang berbeza untuk merapatkan lagi hubungan cinta mereka.

 

EH! kongsikan gambar estet yang baru dibeli oleh The Weeknd dan Selena Gomez.

 

Kediaman baru milik The Weeknd bernilai $USD20juta. Gambar : Sumber Google

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link