Tidak Wujud Orang Ketiga, Fizo Omar dan Mawar Karim Sah Bercerai

Pergolakan rumah tangga Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bersama bekas pasangannya, Mawar Abdul Karim mula dihidu netizen selepas kedua-dua mereka difahamkan menyambut Aidilfitri secara berasingan pada Syawal lalu. 

 

Gambar: Mstar

 

Lebih menggemparkan, desas-desus keretakan mahligai yang terbina selama enam tahun itu akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, semalam.

 

Menurut sumber daripada Sinar Harian, Fizo selaku defendan melafazkan cerai tersebut selepas Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Mawar.

 

Gambar: Utusan

 

Meskipun telah menjalinkan hubungan suami isteri bersama pelakon tersebut lebih setengah dekad, Mawar yang juga usahawan tudung terkemuka Fareeda, seolah-olah redha dengan perkahwinannya walaupun hubungan mereka berakhir dengan penceraian.

 

Gambar: Utusan

 

Tambah Mawar, sepanjang tempoh perkahwinan, beliau telah berusaha untuk menyayangi bekas suaminya itu demi keharmonian hidup berumah tangga namun gagal kerana tiada kata serasi dalam perhubungan mereka.

 

Terdahulu, Mawar dikatakan telah membuat permohonan cerai pada lima Julai lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

 

Disoal mengenai punca penceraian, Mawar yang diperintah menjalani tempoh idah selama tiga bulan itu mendakwa, tidak wujud orang ketiga dalam kes penceraiannya malah enggan mengulas secara terperinci tentang kemelut tersebut.

 

Gambar: Utusan

 

Diijabkabul pada 10 November 2013, pasangan ini dikurnaikan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam Wan Hafizol yang kini telah berusia dua tahun.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link