Tiru Gaya Dalam Muzik Video “7 Rings”, Ariana Grande Saman Forever 21 USD10 Juta!

Gambar: indiatoday.in

 

Bertindak menyerupai gaya seakan dirinya dalam mempromosikan sebuah kempen, penyanyi Hollywood, Ariana Grande nekad memfailkan saman kepada syarikat jenama pakaian popular, Forever 21.

 

Menurut laporan media antarabangsa, People.com, Ariana memfailkan saman berjumlah 10 juta dollar atas dakwaan menggunakan pengaruh dan popularitinya dalam memasarkan jualan produk jenama tersebut.

 

Syarikat berkenaan difahamkan menyalahguna sekitar 30 imej dan video termasuk muzik serta lirik daripada lagunya yang pernah menduduki carta pertama Billboard Hot 100 iaitu 7 Rings.

 

Malah, jenama pakaian berkenaan juga turut menggunakan model yang gayanya amat mirip dengan diri Ariana.

 

Gambar: pitchfork.com

 

Tambahnya lagi, bayaran tidak setimpal dengan statusnya sebagai selebriti tersohor dunia mendesak Ariana menolak tawaran tersebut.

 

Penyanyi berusia 26 tahun yang mempunyai lebih 163 juta pengikut di Instagram sebelum ini difahamkan mengenakan bayaran yang tinggi bagi menjayakan kempen itu untuk jangka masa panjang, namun pihak syarikat Forever 21 sebulat suara untuk tidak bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan.

 

Lebih mengejutkan, promosi itu jelas menunjukkan gaya pop Ariana menerusi babak dalam muzik video berjudul 7 Rings terpapar dalam kempen tersebut.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link