Top 5 Sekuel Filem Mesti Tengok

Kembali untuk menggamatkan lagi panggung wayang, tahun 2014 menyaksikan kemunculan sekuel filem Hollywood. Tidak pasti apa yang menarik buat anda? Lihatlah senarai kami!
 
The-Amazing-Spider-Man-2-2

The Amazing Spider-Man 2

Tarikh tayangan: 1 Mei 2014

Pelakon: Andrew Garfield, Emma Stone,  Jamie Foxx

Fokus utama filem ini ialah pergelutan Peter Parker atau Spiderman dengan tanggungjawabnya sebagai superhero dan pada masa yang sama menjadi remaja normal. Antara kehidupan normal bersama teman wanitanya Gwen (Emma Stone), dan menentang kejahatan, Peter Parker tidak pernah tenang. Kali ini, dia perlu berhadapan dengan Electro (Jamie Foxx), Rhino (Paul Giamatti ) dan Harry Osborn (Dale DeHaan) untuk melindungi warga New York daripada ancaman yang mengugat kota itu. Watak-watak yang diperkenalkan dalam filem kali ini lebih dekat dengan komik yang asal jadi sudah pasti peminat die-hard buku komik tidak akan terlepas untuk menonton filem ini.
 
300-rise-of-an-empire-eva-green-2

300: Rise of An Empire

Tarikh tayangan: 6 Mac 2014

Pelakon: Sullivan Stapleton, Eva Green, Lena Headey, Rodrigo Santoro

Khas buat penonton yang gemar filem aksi dengan visual ala buku komik, 300: Rise of An Empire bertumpu kepada jeneral Greek, Themistocles (lakonan oleh Sullivan Stapleton) yang mengetuai pertempuran apabila mereka diserang oleh askar Parsi yang diketuai oleh King Xerxes (lakonan Rodrigo Santoro). Susulan daripada filem ‘300’ pada tahun 2007 sememangnya dinanti-nantikan dan menilai pada treler, adegan pertempuran kelihatan cukup menarik dan realistik.
 
x-men-days-of-future-past2

 X-Men: Days of Future Past

Tarikh tayangan: 22 Mei 2014

Pelakon: Jennifer Lawrence, Micheal Fassbender, James McAvoy, Hugh Jackman

Berdasarkan dua filem sebelum ini ‘X-Men: First Class’ dan ‘X-Men’, mereka kembali untuk menentang peperangan kewujudan dua spesis antara dua masa berbeza. X-Men dari masa lalu dan kini bergabung tenaga untuk mengubah masa lampau agar mereka boleh menyelamat masa depan bersama. Pelakon-pelakon yang membintangi filem ini bertemu dengan barisan pelakon filem X-Men sebelum ini. Jadi sudah pasti ‘X-Men: Days of Future Past’ bukan filem yang harus diabaikan.
 
captain-america-the-winter-soldier2

Captian America: The Winter Soldier

Tarikh tayangan: 27 Mac 2014

Pelakon: Chris Evans, Scarlett Johansson, Samuel L. Jackson

Dua tahun selepas misi ‘The Avengers’, Steve Rogers atau Captain America tinggal di Washington, DC. Namun dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan dunia moden dan masyarakat kontemporari. Kemunculan agen Soviet yang dikenali sebagai Winter Soldier mengugat keamanan dunia dan kehidupan baru Captain America. Bersama Natasha Romanoff, Captain America cuba untuk merungkai komplot ini dan mengembalikan keamanan kepada dunia.
 
22-Rio2

Rio 2

Tarikh tayangan: 10 April 2014

Suara oleh: Anne Hathaway, Jesse Eisenberg, will.i.am, Bruno Mars, Jemaine Clement

Kecomelan dua ekor burung nuri biru kembali dan kali ini, mereka muncul dengan tiga anak burung baru! Kali ini, Blu (Jesse Eisenberg)  dan Jewel (Anne Hathaway) mengembara ke hutan Amazon untuk majlis perjumpaan keluarga. Blu yang tidak biasa dengan dunia luar harus menghadapi musuh utamanya yakni bapa mertua – dan pada masa yang sama mengelak daripada rancangan balas dendam Nigel (Jemaine Clement). Watak-watak Rio 2 dibintangi oleh pelakon dan penyanyi handalan Hollywood bukan sahaja menyeronokkan untuk kanak-kanak, bahkan juga untuk orang dewasa terutamanya kerana filem ini diceriakan lagi dengan alunan irama yang mengasyikkan!
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link