Tukar Fikiran, Sharnaaz Ahmad Enggan Ceraikan Noor Nabila.

Gambar: cinema.com.my

 

Kemelut rumah tangga pasangan popular, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih belum menemui jalan penyelesaian selepas pelakon tersebut difahamkan enggan menceraikan isterinya kerana mahu menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina dua tahun lalu.

 

Berhubung perkara tersebut, Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail telah menetapkan 30 September ini bagi perlantikan jawantankuasa pendamai (JKP) bagi kedua-dua pihak di mahkamah yang sama.

 

Atas dasar tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Nabila dikatakan telah menfailkan perceraian terhadap suaminya pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

 

Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor dalam tuntutan penceraiannya menyatakan alasan bahawa nafkah zahir yang diberi oleh Sharnaaz tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut.

 

Dalam pada itu, Nabila juga menyatakan yang pihaknya cuba mencari jalan penyelesaian termasuk perundingan melalui keluarga kedua-dua pihak namun gagal dan tidak menemui jawapan.

 

Gambar: eldarwena.com

 

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila kemudian memohon supaya Sharnaaz selaku defendan mengemukakan alasan (tidak bersetuju) kerana mendakwa di dalam media sosialnya defendan menyatakan sebaliknya.

 

Bagaimanapun Hakim Syarie berkata defendan tidak perlu berbuat demikian (beri alasan) kerana mahkamah sudah bertanyakan hal itu kepada Sharnaaz pada prosiding tersebut.

 

Desas desus keretakan rumah tangga pasangan ini mula dihidu netizen selepas Nabila dipercayai berkongsi foto Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram miliknya, malah perkara itu juga dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

 

Untuk rekod, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nablia telah disatukan pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link