‘Unorthodox’ Bawa Penonton Selami Budaya Judaism

Akibat #MCO kita semua jadi terdesak untuk merasai atmosfera dan pengalaman lain other than on our couches!  Seperti mahu diangkat dan dibawa menerokai dunia baru, berpandangan dengan wajah baru selain kucing dan pokok di rumah. But I guess we’re lucky for now, kerana siri terhad empat episod Unorthodox daripada Netflix ini bakal membawa anda mengenali budaya dan wajah baharu.

Berkurung di rumah sepanjang tempoh PKP ini buat kita mahu rasa bebas berlari keluar dan menghirup udara segar, dan selepas menonton siri ini, mungkin itulah juga yang dirasai oleh Esty, watak utama yang dilakonkan oleh Shira Haas yang rasa terdesak untuk lari dari keluarga dan budaya Judaism yang telah diamalkan sejak lahir. Menyaksikan awal episod pertama anda boleh melihat bagaimana gadis muda ini mahu tinggalkan komuniti Satmar Hasidic di Brooklyn New York tanpa dikesan oleh sesiapa terutamanya suaminya Yanky lakonan Amit Rahav. Drama siri yang diadaptasi dari novel ‘Best-Selling’ berdasarkan kisah benar oleh Deborah Feldman ini dihasilkan dengan suntingan, hasil sinematik dan watak yang cukup beremosi.

 

 

Mungkin anda akan kurang jelas tentang mengapa dia mahu lari ke Berlin? dan kenapa dia sangup meninggalkan keluarganya di Brooklyn semasa awal episod pertama, namun setelah menyaksikan imbasan tentang tekanan yang diharunginya selepas berkahwin, ‘lari’ pastinya jadi keputusan utama.

 

 

Mengenali Robert lakonan Aaron Altaras bersama rakan muzikalnya benar-benar membuat Esty rasa bebas. Ada rasa kepuasan bila gadis berumur 19 tahun ini dapat lari dan keluar melihat gaya hidup golongan remaja sepertinya di Berlin, berhibur, bercumbu dan bebas dengan kehidupan masing-masing, dan adegan yang cukup beremosi apabila dia berjalan ke dalam tasik, It’s like sort of cleansing, bila dia di tengah tasik dan rebah ke dalamnya, rasa seperti rebirth after being shut away for a very long time. 

 

 

Saya amat mengagumi bagaiman Maria Schrader, penghasil filem dan pelakon senior Jerman ini berjaya menghasilkan satu jalan cerita yang cukup terperinci, bagaimana dia menerokai ritual dan butiran kecil tentang Orthodox Judaism ini dan berani mempersembahkannya dengan penceritaan yang cukup mengusik jiwa. In a way cerita ini juga turut mengajar kita tentang budaya ekstrem Judaism yang masih diamalkan sehingga hari ini, bagaimana idea kuno tentang peranan jantina yang diamalkan oleh komuniti Satmar Hasidic dan juga elemen-elemen tradisi budaya ini antaranya mandi ‘mikvah’ yang menjadi keutamaan wanita Hasidic sebelum berkahwin.

Tidak mahu cerita lebih lanjut dan ‘rosakkan’ anda dengan jalan cerita penuh, siri terhad ini pasti jadi teman baik semasa PKP dirumah!

Share via
Copy link