Video Elfira Loy Dan Faris Anuar Kongsi Ciri-ciri Kesukaan Masing-masing

EH! isu Januari 2019 berwajahkan pasangan pengantin baharu, Elfira Loy dan Faris Anuar. Istimewanya lagi, pasangan ini turut senang hati untuk dirakamkan gambar mereka bersama dalam berkongsi ciri-ciri kesukaan masing-masing.

 

 

Membuka tirai tahun 2019, EH! menampilkan wajah segar pengantin baru Elfira dan Faris yang selamat bernikah pada 1 Januari 2019 di Cyberview Resort & Spa. Untuk isu ini, EH! sangat berbesar hati kerana aktres menawan ini sendiri memberi exclusivity buat kami untuk merakam gambar mereka bersama buat julung kalinya dalam menanti hari bahagianya.

 

 

Syukur atas segalanya dipermudahkan, pasangan ini dilihat nyata serasi dan cukup cocok bersama. Doa EH! semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayat dan dilimpahi dengan rahmat kebahagiaan.

 

Ketika penggambaran EH! bersama pasangan ini, kami tidak melepaskan peluang untuk merakam perkongsian mereka tentang ciri-ciri kesukaan mereka di antara satu sama lain. Anda boleh tonton di video ini.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link