Watch Out Toy Story Fans! Tim Allen Dedah Toy Story 4 Bakal Menjadi Siri Sambungan Paling Beremosi

Lapan tahun selepas filem terakhirnya iaitu Toy Story 3, kini pengarah filem animasi terbaik ini mengatakan yang ia akan muncul dengan filem sambungan tidak lama lagi. Filem ini dikatakan bakal menjadi satu filem sambungan yang beremosi di antara siri yang lain.

 

Gambar : Google

 

Kalau anda rasa Toy Story 3 sudah cukup meruntun jiwa, tunggu kemunculan Toy Story 4 dan jangan lupa untuk sediakan tisu kerana filem sambungan ini dikatakan bakal menjadi yang paling emosi di antara keempat-empat siri animasi ini.

 

Filem Toy Story 3 ditayangkan pada tahun 2010.

 

Tim Allen, pengarah filem animasi bersiri ini membuka cerita tentang filem arahannya akan datang ini ketika membuat kemunculan di dalam rancangan The Talk dan menyatakan yang dia sangat beremosi ketika merakam suara Buzz Lightyear sekali lagi.

 

“Yes, I gotta resist getting emotional, I don’t want to give it away, but this is an incredibly great story. It is so emotional, it’s so funny, it’s so big. The idea they’ve come up with, I’m startled. I couldn’t even get through the last scene. I would love to a be a Washington leaker. I just can’t do it; I can’t give any more away,” katanya.

 

Peminat bagi siri animasi ini pasti masih ingat akan babak paling emosi di dalam Toy Story 3. Jadi, apa yang kami boleh katakan adalah be ready for the next film. Sementara sebelum ini pada asalnya mereka mengumumkan yang mana Toy Story 3 akan menjadi siri filem yang terakhir. Disney mengambil keputusan untuk merangka sambungannya yang ke-4 selepas ia menjadi kejayaan yang cukup besar.

 

 

Bahkan, Disney turut membuka Toy Story Land di Walt Disney World baru-baru ini, di mana ia menerima banjiran kehadiran peminat filem itu tanpa henti. Walaubagaimanapun, tidak banyak info yang kami terima mengenai siri ke-4 ini, tetapi ia dikatakan akan berobjektifkan tentang misi Woody dan Buzz dalam mencari Bo Beep, yang mana dikatakan hilang dalam filem sebelum ini.

 

“As we were looking around we came up with this idea because Bo Peep was not in Toy Story 3, and it actually worked beautifully into this. So Woody and Buzz light-year go out to find Bo Peep and bring her back, and it’s a very special and emotional love story. But it’s extremely funny too,” kongsi bekas Ketua Pegawai Kreatif Pixar, John Lasseter.

 

 

Filem animasi sambungan yang dikatakan bakal menitiskan air mata ini dilaporkan akan dilancarkan pada 21 Jun, 2019. So stay tuned while singing “You’ve Got A Friend In Me” on repeat.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link