Yuna Ketengah Elemen Tradisional India Dalam (Not) The Love of My Life

Gambar: kwiknews.my

 

Jika sebelum ini video muzik Forevermore menjadi bualan hangat dan mendapat tempat di hati peminat setianya, kini Yuna tampil dengan muzik video terbaharu menerusi lagu (Not) The Love of My Life.

 

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai yang telah melebarkan sayapnya ke persada antarabangsa itu tampil ketengah elemen tradisional kaum India di dalam video muzik terbaharunya itu.

 

Menggunakan khidmat koreografer yang sama dengan muzik video Forevermore sebelum ini iaitu Harshini Sukumaran, Yuna juga turut kelihatan kemas dengan persalinan kaum india serta tampak anggun dengan mengenakan barangan kemas tradisional kaum tersebut.

 

View this post on Instagram

It’s out! Shout out to @thefader for premiering Not The Love Of My Life music video. This is my first time directing my own music video- when I first listened to NTLOML, all I can envision was the beautiful and talented @harshiniii dancing to it.. I am such a fan🙏🏽 lol i get scared of her sometimes she is the REAL DEAL. It was a dream to work with her and a privilege to work with an all Malaysian crew for this. Not to mention all the wonderful local Malaysian Indian talents & businesses for sharing their gift, giving their consultation and ideas, I hope you guys will check out their services/products that will make me very happy🙏🏽 Thank you also to my husband for your support and sharing your knowledge with me❤️ Last but not least thank you to the fans for your lovely comments on Youtube, IG, FB.. thank you for letting me create. 🙏🏽 MV link is on bio❤️ #yunanottheloveofmylife

A post shared by Yuna ユナ (@yuna) on

 

“Saya amat gembira kerana dapat berkongsi apa yang menjadi sebahagian dalam hidup saya kepada seluruh dunia. Saya bukan bintang utama video ini (tetapi) mereka.

 

“Saya sangat gembira kerana saya mendapat peluang untuk mengarahkan video muzik pertama saya, tetapi ia tidak mungkin dilakukan tanpa perundingan, sokongan, dan yang paling penting sokongan daripada komuniti India di Malaysia,” ujar Yuna di ruangan keterangan video muzik itu di YouTube.

 

 

(Not) The Love of My Life merupakan salah satu lagu daripada album terbaharunya iaitu Rouge yang menceritakan sebuah kisah seorang pengantin perempuan yang sedang bersiap sedia untuk dinikahkan namun mempunyai keraguan dalam keputusannya untuk berkahwin.

 

Yuna yang popular menerusi lagu Crush bersama penyanyi antarabangsa terkenal, Usher beberapa tahun lalu telah menjadi siulan ramai, malah penyanyi berusia 32 tahun itu juga turut mendapat perhatian ramai selepas bekerjasama dengan kumpulan terkenal dari Korea Selatan iaitu Epik High dan Jay Park.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link