Zarema Zainal Bakal Isteri Aidil Zafuan?

Belum habis lagi kes perceraiannya dengan pelakon Rita Rudaini, pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dikatakan bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang anak kenamaan yang bernama Zarema Zainal, atau lebih dikenali dengan Emma Zainal. Hal ini menjadi buah mulut orang ramai setelah Rita mendapat email daripada jiran kepada Emma yang sering melihat kereta Aidil di rumah keluarga Emma. Menurut email itu lagi, kereta Aidil sekarang sudah dipandu oleh Emma dan Emma juga sering membawa ibubapanya menyaksikan Aidil beraksi di padang.

 

aidil zafuan

Gambar: nukilangadiskampung.blogspot.com

 

Aidil memberi komen dan mengatakan berita itu tidak benar sama sekali. Sememangnya dia mengenali Emma tetapi belum sampai sehingga mahu mengenali hati budi dan dia merasa hairan bagaimana isu perkahwinan ini timbul. Aidil mengaku ada pergi ke rumah keluarga Emma kerana berkawan dengan abang Emma yang merupakan pengurus kepada pasukan bola sepak ATM. Aidil turut menerangkan tidak mungkin Emma yang berasal daripada keluarga yang berada memandu keretanya kerana Emma sendiri mampu membeli keretanya sendiri.

 

aidil-dan-rita

Gambar: limauais.com

 

Kes perceraian Aidil dan Rita bakal berakhir pada 25 Februari ini apabila Aidil dijangka akan melafazkan cerai kepada Rita pada tarikh tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Seremban. 25 Februari merupakan tarikh penting bagi mereka kerana ia juga merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima.

 

gambar zarema zainal

Gambar: plbgaimacam.blogspot.com

 

Mungkin kontroversi seperti ini tidak adil bagi gadis yang bernama Zarema Zainal ini kerana turut dicerca secara melulu hanya kerana email yang tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Emma sebelum ini merupakan bekas kekasih Noh Hujan dan merupakan anak kepada seorang bekas ahli politik di Klang dan adik ipar kepada bekas pemain bola sepak, Khalid Jamlus.

 

Share via
Copy link