Zizan Razak, Lisa Surihani, Aaron Aziz Dan Ramai Lagi Kini Di Bawah Pengurusan Rocketfuel Entertainment

Memperkenalkan syarikat pengurusan bakat dan penghasilan kandungan digital, Rocketfuel Entertainment. Boleh kata ramai juga barisan selebriti yang kini di bawah pengurusannya.

 

Gambar ; Rocketfuel

 

Rocketfuel Entertainment merupakan sebuah organisasi pengurusan bakat yang menawarkan barisan personaliti berpengaruh serta mempunyai jangkauan yang lebih meluas menerusi platform digital dan media sosial.

 

“Seperti yang diketahui, strategi pemasaran yang melibatkan selebriti mampu menyuntik keyakinan tinggi pengguna terhadap sesuatu servis atau produk. Justeru itu, Rocketfuel berhasrat untuk mengangkat strategi pemasaran ini ke satu tahap yang lebih tinggi lagi dengan memberi lebih makna dan nilai terhadap kolaborasi yang dijalin bersama jenama dengan merapatkan jurang dalam komunikasi menerusi penggunaan mesej yang mampu mempengaruhi pengguna,” kata Murali ‘Moots’ Marimuthu, Admiral Rocketfuel di majlis pelancaran organisasi itu.

 

Di bawah Rocketfuel Entertainment, ia mempunyai tiga badan pengurusan iaitu termasuklah Rocketfuel Talent, Rocketfuel Records dan Rocketfuel Networks.

 

 

Rocketfuel Talent adalah bahagian pengurusan bakat Rocketfuel Entertainment  yang dinaungi oleh barisan bintang popular Zizan Razak, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Hisyam Hamid. Ia mempunyai lebih 100 bakat terkenal televisyen dan radio Astro.

 

Akademi bakat untuk Rocketfuel diwujudkan demi untuk melatih dan memperkembangkan bakat-bakat di bawah naungannya untuk membuat persembahan.

 

Manakala, Rocketfuel Records pula adalah salah sebuah label muzik persendirian yang membariskan penyanyi seperti Hazama, Syamel, Hafiz Suip dan Stacy.

 

 

Selain itu, ia juga dinaungi oleh Chaleeda Gilbert, yang mana seorang pelakon dan penyanyi terkenal di YouTube. Chaleeda merupakan gadis berdarah kacukan Thai-British di mana lagu Thai pertamanya yang berjudul Ready For Love dikatakan telah mencatat 2.2 juta tontonan sejak Ogos lalu.

 

Rocketfuel Network pula adalah bahagian pengurusan dalam Rocketfuel Entertainment yang bertanggungjawab dalam penghasilan karya baru.

 

Gabungan ketiga-tiga pengurusan ini dapat membantu Rocketfuel untuk menyusun strategi dan melaksanakan kempen pemasaran influencer yang sesuai dengan kolaborasi bersama-sama bakat popular di Malaysia dan Asia.

 

Perkhidmatan Rocketfuel termasuk kandungan berjenama, pemasaran media sosial, penerbitan video, promosi menggunakan selebriti atau influencer, pencipta IP dan pengurusan bakat.

 

Setiap kandungan IP di dalam Rocketfuel, ia mempunyai jangkauan media sosial lebih 36 juta serta barisan personaliti dalam beberapa segmen yang pelbagai.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link