Huawei M2 Realisasi Pengalaman Audio Mengujakan

Gambar: Huawei

 

[soliloquy id="92585"]

 

Kini anda boleh nikmati audio-visual yang paling mengujakan dengan inovasi terbaru dari Huawei iaitu M2. Berikut adalah ciri-ciri terhebat M2.

 

Audio

  • Pelarasan rentak bunyi  M2 disokong dan disahkan oleh syarikat audio profesional terkemuka dunia iaitu Harman/Kardon.
  • Teknologi pemulihan muzik Harman/Kardon Clari-Fi® memastikan kualiti muzik terjaga dengan mengurangkan gangguan, walaupun selepas compression.
  • Huawei M2 umpama teater rumah on-the-go. Sound Super Wide 2.0 (SWS 2.0) menawarkan 180 darjah kesan bunyi dengan keluasan bunyi yang kuat dan rangsangan bass yang hebat, yang mana direka untuk menikmati filem dan muzik.

 

Paparan Skrin

  • Rekaan 8-inci FHD IPS paparan skrin sentuh mempunyai resolusi 1920×1200 dan 283 PPI dengan menawarkan visual yang berkualiti tinggi, sesuai untuk hiburan peribadi.
  • Huawei M2 merupakan tablet yang pertama menggunakan paparan skrin fungsi Huawei Clarivu® yang terdiri daripada 3 mod pintar:

1.Sun View mode menyesuaikan kontras dan kecerahan paparan skrin bagi memudahkan pengguna untuk membaca atau menonton filem dengan lebih jelas walau berada di bawah sinaran matahari.

2.Color Enhancement mode menyesuaikan paparan skrin untuk warna yang lebih dinamik seakan memberi kehidupan pada imej yang dilihat.

3.Eye Protection mode pula mengurangkan sinaran cahaya biru yang dipancarkan paparan skrin untuk pengalaman visual yang lebih relaks, terutamanya apabila membaca atau penggunaan tablet untuk tempoh yang lama.

 

Reka Bentuk 

  • Huawei M2 terdiri daripada 99.5% bahan logam dan 1.2mm bahan bukan logam. Ianya memberikan kemasan yang lebih sempurna kala disentuh.
  • Ianya hadir dalam rona champagne.
  • Reka bentuk stereo dan dua speaker yang selari bertujuan meningkatkan lagi bunyi agar lebih seimbang dan harmoni.
  • Ianya turut dilengkapi sistem Huawei Emotion UI 3.0 yang menyediakan akses mesra pengguna terhadap video dan gambar.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link