10 Destinasi Kecantikan Yang Anda Patut Lawat Sekali Seumur Hidup

Dari New Zealand ke Jepun dan terus ke Turki, dunia sememangnya mempunyai khazanah semula jadi yang mampu menjadikan kulit muda sentiasa. 

 

Sesetengah orang yang suka mengembara gemar mencari lokasi yang kaya dengan khazanah bumi yang mampu memberikan kulit cantik muda setiap masa. Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada wujud atau tidak destinasi sebegitu, hakikatnya banyak lokasi percutian alam semesta yang mampu mengembalikan kulit sihat.

 

Di sini EH! himpunkan 10 destinasi yang tersimpan sumber bumi yang membawa seribu kebaikan dari segi kecantikan kulit dan tubuh.

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Blue Lagoon, Iceland

 

 

Kolam buatan manusia yang berona biru turquoise ini sememangnya dianggap salah satu keajaiban dunia oleh National Geographic. Ia merupakan sebuah kolam spa buatan yang kaya dengan kandungan mineral dari punca airnya serta kaya dengan silika dari lumpurnya. Terletak hanya 30 minit dari Reykjavik, ia ternyata sebuah lokasi yang patut diluangkan selama beberapa jam dengan berpengalaman menyapu lumpur putih pada kulit muka, ia dipercayai mampu membuatkan kulit berseri-seri.

Artikel Berkaitan

Copy link