10 Tip Fesyen Daripada 10 Bintang Terkenal

Oleh: Khairul Abidin
 
celebtips
 
Fashion is fun. Ya, anda seharusnya berseronok memilih apa yang mahu dipakai. Namun, ada baiknya juga andai anda tampil dengan gaya yang selari dengan imej, personaliti, bentuk tubuh, majlis juga lokasi. Mungkin 10 tip daripada 10 figura terkenal ini boleh membantu.
 
1- Renda hitam cukup classy, ia seksi dan tidak ditelan zaman. Ia sentiasa Berjaya menyerlahkan gaya walaupun hanya sebagai perincian – Alicia Keys
 
2- Saya suka gayakan aksesori dempak dan unik. Ia buat penampilan lebih menyerlah, saya tidak suka penampilan saya Nampak terlalu polish. Saya sukakan gaya bersahaja .– Sienna Miller.
 
3- Gayakan skirt berpotongan tinggi, ia buat penampilan lebih feminin dan menyerlahkan pinggul anda. – Diane Kruger
 
4- Wanita yang menggayakan suit penuh akan menyerlahkan lagi sisi femininnya.– Mischa Barton
 
5- Gabungkan material berbeza pada aksesori anda. Saya misalnya menggayakan gelang kayu, emas, perak dan akrilik dalam satu masa. It’s fun. – Ciara
 
6- Sentiasa percaya pada naluri anda. Jika seseorang menyarankan anda menggayakan sesuatu yang anda tidak suka, hasilnya takkan menjadi. – Evan Rachel Wood
 
7- Mak saya selalu berpesan- ‘Dress well! You never know if you are going to meet President’. – Catherin Zeta Jones.
 
8- Pesanan penata gaya saya, setiap helaian perlu dibega (altered) kerana setiap orang punya tubuh berbeza. – Sandra Bullock
 
9- Black is me. Dan ia cukup senang. Saya tidak punya banyak masa berfikir dan memilih apa yang hendak dipakai. – Angelina Jolie
 
10- Tiada apa yang lebih seksi melainkan seorang wanita yang yakin akan setiap langkahnya. – Beyonce
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link