3 Trend Solekan Ramalan Khir Khalid!

 

Terkenal dengan solekan yang clean, minimalis, edgy, tampak berseri dan semula jadi membuatkan Khir Khalid sering menjadi pilihan untuk menata rias wajah selebriti tempatan antaranya Neelofa, Dayang Nurfaizah dan Scha Alyahya. Hasil kerja jurusolek terkenal ini juga sering menghiasi majalah tempatan tidak kira dari ruangan fesyen atau kecantikan hinggalah muka depan majalah.

EH! sempat bertanyakan trend solekan yang menjadi pilihannya untuk tahun 2020 ini. Kata Khir tahun 2020 ini solekan semula jadi akan terus diminati tapi dengan comeback penggunaan glos bibir, solekan kening yang ‘clean’ dan solekan pipi yang natural.

Jurusolek Profesional Selebriti, Khir Khalid

1. Hello Lip Gloss!
Sudah tiba masanya untuk anda lupakan lip matte. Solekan tahun ini lebih segar, ringkas dan semula jadi. Tanpa perlu melukis bentuk bibir hanya palitkan glos bibir secara tipis sudah cukup untuk menaikkan seri wajah anda. Pemakaian glos bibir ini sesuai untuk semua acara tidak kira siang ataupun malam.

TIP:
Pemakaian glos bibir memberikan efek bibir tampak penuh dan segar. Hindari mengoleskan glos bibir di sekitar sudut bibir supaya ia tidak comot. Sapukan glos bibir secara tipis untuk memberikan kilauan pada bibir.

2. Creamy Yummy Cheek
“I love cream blush punya efek! Ia berikan hasil yang semula jadi pada wajah,” kata Khir.
Dari pemilihan warna Khir sarankan pilihan rona coral dan pinkish sesuai untuk kulit asia.

TIP:
Gunakan jari untuk memakai pemerah pipi. Menurut Khir penggunaan jari adalah lebih baik kerana ia dapat memberikan efek yang lebih semula jadi dan kemas.

3. Fresh & Clean Brow
Tinggalkan solekan kening yang bold atau solekan kening ‘Instagram’ dan beralih arah kepada solekan kening ‘soap brow’. Tidak perlu dilukis dengan pensil atau ‘powder’ hanya gunakan brow gel. Ia akan membuatkan wajah kelihatan segar dan semula jadi. Solekan ‘soap brow’ akan kelihatan cantik pada siapa yang memiliki bulu kening yang tebal dan penuh. Sekiranya anda tidak mempunyai bulu kening yang tebal, anda boleh mencuba solekan ini tetapi anda perlu melakukan teknik fillling atau lebih dikenali sebagai mengisi ruang yang kosong dengan melukis bulu kening secara ke atas satu persatu.

TIP:
Bagi mendapatkan solekan ‘soap brow’, gosokkan berus pada sculpting wax atau brow gel. Kemudian sikat bulu kening secara ke atas dan bentukkan kening dengan kemas dan rata.

 

 

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Chanel Rouge Coco Gloss – Rouge Grenat (826)

Share via
Copy link