5 Wanita Yang Ubah Dunia Kecantikan

Teks : Anis Hanini

 

Dunia kecantikan kaya dengan sejarah dan figura tersendiri. Bermula daripada Coco Chanel hingga ke Elizabeth Arden, wanita-wanita ini berjaya ubah persepsi solekan bukan sedar untuk mencantikkan wajah, membantu individu menjadi lebih yakin dengan diri sendiri malah menjadi bos atas usaha sendiri lantas mampu berdiri dalam dunia usahawan setanding golongan lelaki.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Huda Kattan

 

 

Siapa sahaja tidak kenal dengan Huda Kattan. Dengan pengikut di laman Instagram sebanyak 21 juta, dia dikenali atas teknik-teknik solekannya yang kadang kala tidak masuk dek akal. Dia berjaya mengubah perspektif ramai terutamanya tentang dunia kecantikan di Dubai dan memulakan rangkaian solekannya Huda Beauty pada tahun 2013 setelah bereksperimen dengan pelbagai solekan ketika berada di California, Amerika Syarikat. Produk-produknya diminati ramai terutamanya kit kontur bibir kerana ia dapat menebalkan bentuk bibir tanpa penggunaan filler serta bulu mata palsu yang menjadi produk kegemaran Kim Kardashian West.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link