5 Wanita Yang Ubah Dunia Kecantikan

Teks : Anis Hanini

 

Dunia kecantikan kaya dengan sejarah dan figura tersendiri. Bermula daripada Coco Chanel hingga ke Elizabeth Arden, wanita-wanita ini berjaya ubah persepsi solekan bukan sedar untuk mencantikkan wajah, membantu individu menjadi lebih yakin dengan diri sendiri malah menjadi bos atas usaha sendiri lantas mampu berdiri dalam dunia usahawan setanding golongan lelaki.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Jen Atkin

 

 

Pendandan rambut selebriti ini memulakan kariernya pada tahun 2004 di salun Chris McMillian (pendandan rambut Jennifer Aniston dan pencipta potongan rambut The Rachel). Kariernya mula melonjak selepas dia menjadi pembantu pendandan rambut kepada Andy Lecompte untuk tour Madonna pada tahun 2006. Menurut Jen, selebriti pertamanya adalah Minka Kelly, kemudian diikuti oleh Lindsay Lohan dan Nicole Richie. Dia juga merupakan pendandan rambut kegemaran adik beradik Kardashian dan Jenner, Chrissy Teigen serta Bella Hadid. Selain itu, dia melancarkan produk OUAI yang membantu wanita mendapatkan rambut idaman yang sihat dan menawan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link