7 Cara Pemakaian Krim Untuk Cegah Mata Panda

Selari dengan pertambahan usia, kawasan kulit di sekeliling mata akan semakin sukar untuk mengekalkan keremajaan dan ketegangan kulit.  Faktor luaran seperti pencemaran, serta pendedahan kepada cahaya UV yang mempercepatkan tanda-tanda penuaan pramatang juga menyumbang kepada faktor kedutan dan keletihan kawasan sekitar mata yang akan menyebabkan sembap mata lebih jelas kelihatan.

 

 

Selain itu gaya hidup yang tidak sihat juga merupakan antara faktor kepada masalah ini. Kurang minum air kosong, sering tidur lewat dan terlalu lama memandang skrin komputer atau telefon juga punca terjadinya mata ‘panda’.

 

Bagi mengatasi masalah ini, pernah atau tidak anda terfikir cara permakaian krim mata yang anda amalkan betul atau salah?

 

 

Sapulah krim mata paling mahal harganya sekiranya anda tidak mengetahui cara pemakaian yang betul dan sering melakukan kesalahan dalam cara pemakaian juga boleh menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih ketara dan tidak akan memberikan hasil yang diingini.

 

EH! senaraikan kesalahan yang sering dilakukan semua orang dan perlu dihindari sekirannya anda inginkan mata yang sihat dan kekal remaja.

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Mengoles krim mata dengan cara menggosok

 

Kesilapan yang sering dilakukan adalah menggunakan krim mata seperti menggunakan krim muka iaitu dengan cara menggosok dari pangkal hujung mata hingga ke arah dalam mata. Cara ini adalah salah kerana ia akan menyebabkan kulit mata tertarik dan menjadi kendur. Selain itu ia juga akan mengakibatkan terhasilnya garis halus pada permukaan kulit di sekeliling mata.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link