7 Cara Pemakaian Krim Untuk Cegah Mata Panda

Selari dengan pertambahan usia, kawasan kulit di sekeliling mata akan semakin sukar untuk mengekalkan keremajaan dan ketegangan kulit.  Faktor luaran seperti pencemaran, serta pendedahan kepada cahaya UV yang mempercepatkan tanda-tanda penuaan pramatang juga menyumbang kepada faktor kedutan dan keletihan kawasan sekitar mata yang akan menyebabkan sembap mata lebih jelas kelihatan.

 

 

Selain itu gaya hidup yang tidak sihat juga merupakan antara faktor kepada masalah ini. Kurang minum air kosong, sering tidur lewat dan terlalu lama memandang skrin komputer atau telefon juga punca terjadinya mata ‘panda’.

 

Bagi mengatasi masalah ini, pernah atau tidak anda terfikir cara permakaian krim mata yang anda amalkan betul atau salah?

 

 

Sapulah krim mata paling mahal harganya sekiranya anda tidak mengetahui cara pemakaian yang betul dan sering melakukan kesalahan dalam cara pemakaian juga boleh menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih ketara dan tidak akan memberikan hasil yang diingini.

 

EH! senaraikan kesalahan yang sering dilakukan semua orang dan perlu dihindari sekirannya anda inginkan mata yang sihat dan kekal remaja.

6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Menyapu krim mata pada keseluruhan kelopak mata

 

Ramai yang mengoleskan krim mata pada bahagian kelopak mata. Ternyata cara tersebut adalah salah kerana krim mata yang disapukan di kawasan tersebut berisiko untuk masuk ke dalam mata dan akan menyebabkan kerengsaan pada mata. Selain itu, ia menyebabkan mata berminyak dengan cepat dan pembayang mata yang dipakai akan cepat pudar dan kelihatan tidak sekata warnanya. Kawasan yang paling sesuai adalah bahagian tulang di sekeliling mata. Ia mengekalkan bahagian kontur kulit mata menjadi kendur.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link