7 Cara Pemakaian Krim Untuk Cegah Mata Panda

Selari dengan pertambahan usia, kawasan kulit di sekeliling mata akan semakin sukar untuk mengekalkan keremajaan dan ketegangan kulit.  Faktor luaran seperti pencemaran, serta pendedahan kepada cahaya UV yang mempercepatkan tanda-tanda penuaan pramatang juga menyumbang kepada faktor kedutan dan keletihan kawasan sekitar mata yang akan menyebabkan sembap mata lebih jelas kelihatan.

 

 

Selain itu gaya hidup yang tidak sihat juga merupakan antara faktor kepada masalah ini. Kurang minum air kosong, sering tidur lewat dan terlalu lama memandang skrin komputer atau telefon juga punca terjadinya mata ‘panda’.

 

Bagi mengatasi masalah ini, pernah atau tidak anda terfikir cara permakaian krim mata yang anda amalkan betul atau salah?

 

 

Sapulah krim mata paling mahal harganya sekiranya anda tidak mengetahui cara pemakaian yang betul dan sering melakukan kesalahan dalam cara pemakaian juga boleh menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih ketara dan tidak akan memberikan hasil yang diingini.

 

EH! senaraikan kesalahan yang sering dilakukan semua orang dan perlu dihindari sekirannya anda inginkan mata yang sihat dan kekal remaja.

7 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Hanya menggunakan krim mata pada waktu malam sahaja

 

Rangkaian penggunaan produk penjagaan kulit memang ternyata menjalankan tugasnya dengan lebih efektif ketika waktu malam. Namun tidak ada salahnya jika anda mengoleskan atau menyelitkan langkah krim mata pada rutin penjagaan kulit waktu siang. Terutama sekali jika krim mata tersebut menpunyai formula pelindungan dari sinaran matahari.  Sinaran matahari boleh menyebabkan kulit kering dan terjadinya kedutan halus pada kulit. Lebih-lebih lagi kulit di sekitar mata mempunyai lapisan kulit yang nipis, jika tidak dilindungi, kawasan ini akan mudah terdedah dengan pancaran matahari dan cepat terjadinya masalah yang tidak diingini.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link