Aktiviti Senaman Effortless Untuk Langsingkan Badan

Boleh kata ramai yang idamkan bentuk badan langsing muda remaja tetapi masih tidak dapat untuk mengecapinya dek kerana usia yang semakin lanjut. Tetapi percayalah dengan cara ini anda boleh kekal fit setiap masa.

 

Gambar : Shutterstock

 

University of Texas Southwestern Medical Centre telah mengadakan satu kajian ke atas 18,000 lelaki dan wanita di dalam lingkungan umur 50-an dengan menguji ketahanan kardiovaskular mereka. Keputusannya membuktikan mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif seawal usia 20an dapat mengurangkan risiko lapan penyakit kronik termasuk penyakit jantung, buah pinggang, strok, Alzheimer dan kanser setelah umur mencecah 65 tahun.

 

Namun begitu rata-rata rakyat Malaysia masih malas untuk bersenam bagi menjamin kesihatan yang baik sehingga ke tua. Khas untuk anda yang mempunyai ‘alahan’ terhadap senaman, di sini kami senaraikan beberapa cara untuk anda kekal fit tanpa perlu ke gimnasium mahupun mengenakan kasut sukan anda! Kami gelarkannya ‘senaman tanpa banyak usaha’.

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ketika Melihat Cermin Setiap Pagi

Menurut Pakar Bedah Ortopedik, Michael Shepard mencadangkan anda mengubah cara anda berdiri ketika menghadap cermin di waktu pagi. Tarik bahu ke dalam untuk mendapatkan postur yang baik dan dongakkan dagu sedikit ke atas ketika anda berdiri tegak di hadapan cermin. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan sakit belakang tetapi juga mampu mengelakkan anda menjadi bongkok apabila usia anda meningkat kelak.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link