Atasi Masalah Rambut Gugur

Semua orang pasti mempunyai masalah yang sama iaitu rambut gugur. Rambut gugur boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya, liang pori rambut tersumbat, pengambilan makanan pedas dan berminyak, masalah tidur dan stress. Masalah rambut gugur boleh diatasi dengan beberapa cara, antaranya:

Atasi masalah rambut gugur

 

Gambar: www.sifarscorner.com

Cuci Rambut

Jika kulit kepala anda jenis yang cepat berminyak, basuh rambut sekurang-kurangnya sekali sehari. Teknik mengshampu rambut juga perlu betul, mulakan shampu di bahagian belakang kepala. Jangan malas untuk mengurut kepala dengan menggunakan jari dan bukannya kuku. Urutan ketika bershampu mampu membantu menguatkan akar rambut.

Makanan Ringan

Say no to junk food! Kandungan dalam makanan ringan boleh menyumbang kepada masalah kulit kepala. Ambil makanan yang sihat seperti oat, barli dan nasi perang dimana mampu membekalkan protein yang cukup.

Waktu Tidur

Pastikan anda mendapat waktu tidur dan rehat yang secukupnya. Kekurangan tidur membuatkan kamu keletihan dan menyumbang kepada masalah rambut gugur.

Rawatan Kulit Kepala

Ketepikan sedikit gaji untuk membuat rawatan kulit kepala di tempat pakar. Kulit kepala terutamanya perlu di berikan rawatan sekali sekala bagi mencuci minyak pada kepala. Jika punya bajet lebih, teruskan membuat rawatan.

Share via
Copy link