Atlas Of Attraction

Teks : Julia Azman

 

Musim percutian kembali menjengah dan tidak lengkap jika rutin kecantikan anda terbatas. Aesop memperkenalkan set hadiah ‘Atlas of Attraction’ berkolaborasi bersama Iris Van Herpen.

 

 

Bertempat di Temenggong 18/20 Singapura, Aesop melancarkan koleksi set hadiah lengkap di ruang legar serba artistik bersesuaian  dengan tema tahun ini Atlas of Attraction. Untuk kali pertamanya Aesop menampilkan koleksi barangan rumah sebagai penambahan terbaru di samping seleksi tradisional untuk penjagaan kulit wajah dan tubuh badan. Setiap set diberi gelaran seperti The Familiar Horizon, A Curious Connection, Contours of Discovery dan Orbit of the Intention.

 

Rekaan unik artistik set hadiah ini hasil nukilan istimewa Iris Van Herpen seorang pereka Couture Dutch. Set hadiah ini diletakkan dalam kotak pelbagai guna yang boleh dikitar semula dan setiap rekaan sampul set hadiah ini punya hikayat tersendiri dan coraknya dipilih oleh Iris Van Herpen melalui rekaan sedia ada. Anda boleh dapati set hadiah lengkap bermula dengan harga RM170 hingga RM390.

 

Penulis kanan fesyen, Julia Azman sempat menemubual bersama Marsha Meredith, Direktor Kreatif Aesop mengenai keunikan set hadiah Atlas of Attraction:

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah pendapat pertaman anda mengenai kolaborasi antara Aesop dan Iris Van Herpen?

 

 

Kolaborasi antaran Aesop dan Iris Van Herpen berlaku secara tidak langsung, yakni melalui perkongsian minat yang sama terhadap persekitaran semula jadi, falsafah, sains dan juga unconventional material.Kami amat mengagumi setiap hasil kerja Iris Van Herpen sejak dahulu lagi. Meskipun kami mempunyai bidang berbeza dari segi kerjaya tetapi kolaborasi ini banyak memberi dedikasi kepada rekaan yang punya elemen saintifik.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link