Atlas Of Attraction

Teks : Julia Azman

 

Musim percutian kembali menjengah dan tidak lengkap jika rutin kecantikan anda terbatas. Aesop memperkenalkan set hadiah ‘Atlas of Attraction’ berkolaborasi bersama Iris Van Herpen.

 

 

Bertempat di Temenggong 18/20 Singapura, Aesop melancarkan koleksi set hadiah lengkap di ruang legar serba artistik bersesuaian  dengan tema tahun ini Atlas of Attraction. Untuk kali pertamanya Aesop menampilkan koleksi barangan rumah sebagai penambahan terbaru di samping seleksi tradisional untuk penjagaan kulit wajah dan tubuh badan. Setiap set diberi gelaran seperti The Familiar Horizon, A Curious Connection, Contours of Discovery dan Orbit of the Intention.

 

Rekaan unik artistik set hadiah ini hasil nukilan istimewa Iris Van Herpen seorang pereka Couture Dutch. Set hadiah ini diletakkan dalam kotak pelbagai guna yang boleh dikitar semula dan setiap rekaan sampul set hadiah ini punya hikayat tersendiri dan coraknya dipilih oleh Iris Van Herpen melalui rekaan sedia ada. Anda boleh dapati set hadiah lengkap bermula dengan harga RM170 hingga RM390.

 

Penulis kanan fesyen, Julia Azman sempat menemubual bersama Marsha Meredith, Direktor Kreatif Aesop mengenai keunikan set hadiah Atlas of Attraction:

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apakah inspirasi disebalik Atlas of Attraction?

 

 

Setiap tahun, saya akan cuba menampilkan koleksi terbaru bersama mesej tertentu yang ingin disampaikan untuk klien tetap Aesop. Koleksi ini akan berkolaborasi bersama individu yang cukup puitis dengan hasil kerjanya. Bagi tahun 2018/2019, segalanya mengenai ekspresi idea iaitu perjalanan bermusim dan rangkaian. Oleh itu, rekaan grafik tampak lebih berimaginasi yang menekankan kepada pergerakan. Setiap set adalah berdasarkan kisah perjalanan yang membawa kepada idea terbaru dan cetus inspirasi.

Share via
Copy link