Backstage Exclusive: Solekan Rodarte Fall/Winter 2020 di New York Fashion Week

Bersempena dengan New York Fashion Week, selain dapat menyasikan barisan model memperagakan koleksi terbaharu daripada label-label utama Amerika Syarikat, saya turut berpeluang berada di belakang pentas pertunjukan fesyen label Rodarte. Walaupun saya perlu bergegas selepas satu pertunjukan fesyen lain pada jam 2 petang, saya tidak melepaskan peluang berharga ini dengan mengambil tren dan berlari ke lokasi pementasan Rodarte di St. Bartholomew’s Church di Manhattan, New York.

James Kaliardos

Untuk koleksi musim luruh/sejuk 2020 ini, solekan Rodarte diketuai oleh jurusolek profesional, James Kaliardos yang menggunakan NARS Cosmetics sepenuhnya. Menurut James, kanvas solekan kali ini diinspirasikan daripada filem Bram Stoker’s Dracula yang dibintangi oleh Winona Ryder. “It’s a very stark, graphic look with a really dark lip, but we kept the skin very pure and luminous so that it’s not too theatrical and it’s more wearable,” tambah James dalam sesi temubual di belakang pentas.

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Share via
Copy link