Bahana Tidur Dengan Solekan

Close up of a woman face removing make up with a baby wipeGambar: INGimage

Sering keluar hingga lewat malam menyebabkan ramai wanita menjadi malas untuk mencuci solekan selepas pulang ke rumah. Akhirnya mereka memilih untuk terus beradu tanpa membuang calitan solekan di wajah. Tahukah anda bahawa ianya merupakan suatu tabiat buruk yang boleh mencelakan kecantikan kulit wajah anda?

1. Gincu
Tidur dengan gincu yang masih melekat di bibir boleh menyebabkan bibir menjadi kering seterusnya merekah.

2. Bedak Asas
Penggunaan bedak asas yang kebiasaanya tebal haruslah dicuci agar kulit muka berupaya untuk bernafas dan diperbaharui pada waktu tidur. Sekiranya tidak dibersihkan akan mengakibatkan kedutan di wajah dan liang roma tersumbat lalu timbulnya masalah jerawat.

3. Maskara
Selain boleh mengakibatkan keguguran bulu mata, tidur dengan maskara juga boleh menyebabkan kegatalan. Jika ianya berlarutan, mata akan menjadi bengkak seterusnya dijangkiti kuman.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link