Bangkitkan Seri Wajah Dengan Clinique Turnaround Revitalizing

 

Dalam kehidupan seharian kita perlukan tenaga untuk berupaya menjalankan pelbagai aktiviti. Tidak dinafikan matahari memainkan peranan utama dalam sistem penyaluran tenaga ini. Bagaikan tumbuhan tanpa cahaya, tubuh kita tentunya sukar untuk berfungsi jika ketandusan tenaga. Begitu juga dengan wajah tanpa tenaga yang mencukupi akan kelihatan kusam dan tidak berseri. Umpama musim sejuk yang kurang terdedah kepada cahaya matahari, menyebabkan depresi minda kerana suasana begitu suram dan kelam.

Memahami keperluan wajah yang turut terkesan dengan masalah kekurangan tenaga ini, Clinique Turnaround Revitalizing hadir bagi menyerlahkan kembali seri wajah dan memainkan peranan sebagai pembekal tenaga. Dengan membangkitkan seri dari dalam dengan ‘merancakkan’ pembaharuan sel secara semula jadi yang telah merosot akibat tekanan, kelesuan dan pencemaran.

 

Dirumus dengan menggunakan teknologi terkini, Clinique telah menambah empat lagi produk baru dalam rangkaianTurnaround Revitalizing untuk penggunaan siang dan malam yang dapat membantu anda cas semula kulit. Ia seolah cetusan tenaga yang melancarkan semula pembaharuan sel agar wajah akan kelihatan berseri dan bermaya setiap hari!

 

Turnaround Revitalizing Lotion (RM135)
Mengambil inspirasi dari rutin kecantikan wanita Asia, Turnaround Revitalizing Lotion berkesan dalam mengekalkan kelembapan kulit. Produk bebas minyak dan alkohol ini memberi tenaga pada kulit kusam dan letih melalui proses pembaharuan sel metabolik kulit.

MESTI CUBA! Turnaround Revitalizing Treatment Oil (RM175)
Menerusi teknologi hebat dunia kecantikan, Asid Salicylic pertama kali digunakan dalam minyak melalui produk terbaru ini. Dengan tekstur yang ringan serta kandungan minyak berkhasiat, ianya membantu mengembalikan sinar serta kelicinan pada kulit, hasil teknik pengelupasan menerusi bahan Asid Salicylic. Penggunaan berterusan turut mampu mengekalkan kelembapan wajah. Selamat tinggal kulit kusam!

 

Turnaround Daytime Revitalizing Moisturizer (RM175)
Tekstur ringan serta bebas minyak Turnaround Daytime Revitalizing Moisturizer memberi penghidratan berkekalan terhadap kulit tidak bermaya. Selain itu ianya turut membantu menaikkan seri semula jadi kulit yang tampak lesu akibat jadual harian yang sibuk, stres atau dehidrasi. Tidak perlu lagi risau akan wajah kusam tidak sekata kerana produk ini merangsang energi pada kulit. Ianya boleh didapati dalam dua warna iaitu Rosy Glow dan Golden Glow.

 

Turnaround Overnight Revitalizing Moisturizer (RM185)
Waktu terbaik untuk berehat serta memperbaharui sel kulit adalah ketika tidur pada waktu malam. Sapuan krim mewah ini sebelum tidur menggalakkan proses pembaharuan kulit melalui kelembapan yang dibekalkan sepanjang malam. Tekstur krim yang lembut seperti baldu menjanjikan anda untuk bangun tidur dengan kulit lebih sihat berseri.

 

Turnaround Revitalizing Serum (RM212)
Peningkatan umur melambatkan pembaharuan sel kulit. Namun menerusi produk ini, proses pengelupasan kulit secara semula jadi dipertingkatkan lagi. Serum yang dihasilkan dengan bahan tersendiri membekal tenaga pada wajah dan kesannya dapat dilihat dalam masa hanya empat minggu! Hasilnya kulit lebih lembut dan berseri.

 

Turnaround Revitalizing Instant Facial (RM212)
Tidak perlu lagi ke salun atau berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan wajah kerana Turnaround Revitalizing Instant Facial ini member efek microdermabrasion, yakni sejenis teknik pengelupasan kulit secara lembut. Dengan hanya lima minit, wajah semakin segar dan berseri melalui penggunaan mask yang merangsang proses pembaharuan kulit secara semula jadi.

 

Layari http://www.clinique.com.my/ untuk mulakan keserian kulit anda bersama rangkaian Clinique Turnaround.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link