Beauty Do-It-Yourself: Dapatkan Kulit Berseri Di Rumah Hanya Dengan 8 Tip Ini

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Tidak perlu berbelanja ribuan ringgit! Hanya dengan mengamalkan 8 remedi kecantikan mujarab ini, anda boleh realisasikan kulit wajah yang cantik berseri tidak lama lagi! Yang paling penting ia jauh lebih selamat kerana tanpa bahan kimia serta menjimatkan.

 

 

Setiap wanita mengidamkan kulit cantik berseri dari dalam dan dari situlah mencetuskan idea buat pelopor-pelopor produk kecantikan di seantero dunia untuk mengeluarkan produk kecantikan jenama masing-masing.

 

Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya anda tidak perlu berbelanja lebih untuk membuat rawatan kecantikan kerana anda sendiri boleh lakukannya di rumah. Nak tahu kenapa? Kerana semua ramuan yang ada dalam produk-produk kecantikan di pasaran ada di ruang dapur rumah anda!

 

EH! kongsikan 8 tip kecantikan yang anda boleh lakukan di rumah sambil menonton siri Netflix kegemaran anda.

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Masker Anggur Anti-Kedutan

Buah anggur adalah ejen pengelupasan terhebat, manakala minyak biji anggur pula boleh dijumpai di dalam produk-produk anti-penuaan di pasaran. Selain itu, buah anggur juga tinggi dengan bahan anti-oksidan dan vitamin yang membantu mengurangkan kedutan pada wajah.

 

 

Caranya:

  • Belah buah anggur kepada dua bahagian
  • Lenyekkan buah anggur tersebut sebelum meletakkannya di seluruh wajah seperti masker.
  • Biarkan selama 20 minit.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link