Beauty Do-It-Yourself: Dapatkan Kulit Berseri Di Rumah Hanya Dengan 8 Tip Ini

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Tidak perlu berbelanja ribuan ringgit! Hanya dengan mengamalkan 8 remedi kecantikan mujarab ini, anda boleh realisasikan kulit wajah yang cantik berseri tidak lama lagi! Yang paling penting ia jauh lebih selamat kerana tanpa bahan kimia serta menjimatkan.

 

 

Setiap wanita mengidamkan kulit cantik berseri dari dalam dan dari situlah mencetuskan idea buat pelopor-pelopor produk kecantikan di seantero dunia untuk mengeluarkan produk kecantikan jenama masing-masing.

 

Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya anda tidak perlu berbelanja lebih untuk membuat rawatan kecantikan kerana anda sendiri boleh lakukannya di rumah. Nak tahu kenapa? Kerana semua ramuan yang ada dalam produk-produk kecantikan di pasaran ada di ruang dapur rumah anda!

 

EH! kongsikan 8 tip kecantikan yang anda boleh lakukan di rumah sambil menonton siri Netflix kegemaran anda.

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Masker Avokado dan Madu

 

 

Ia sangat sesuai buat anda yang mempunyai masalah kulit kering. Buah avokado yang tinggi dengan vitamin E dan kolagen mampu membuatkan kulit anda kelihatan muda berseri. Manakala campuran madu membantu menyerap dan mengekalkan kelembapan kulit.

 

Caranya:

  • Lenyekkan sebiji buah avokado bersama 2 sudu besar madu.
  • Sapukan pada seluruh wajah.
  • Biarkan selama 20 hingga 30 minit.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link