Beauty Do-It-Yourself: Dapatkan Kulit Berseri Di Rumah Hanya Dengan 8 Tip Ini

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Tidak perlu berbelanja ribuan ringgit! Hanya dengan mengamalkan 8 remedi kecantikan mujarab ini, anda boleh realisasikan kulit wajah yang cantik berseri tidak lama lagi! Yang paling penting ia jauh lebih selamat kerana tanpa bahan kimia serta menjimatkan.

 

 

Setiap wanita mengidamkan kulit cantik berseri dari dalam dan dari situlah mencetuskan idea buat pelopor-pelopor produk kecantikan di seantero dunia untuk mengeluarkan produk kecantikan jenama masing-masing.

 

Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya anda tidak perlu berbelanja lebih untuk membuat rawatan kecantikan kerana anda sendiri boleh lakukannya di rumah. Nak tahu kenapa? Kerana semua ramuan yang ada dalam produk-produk kecantikan di pasaran ada di ruang dapur rumah anda!

 

EH! kongsikan 8 tip kecantikan yang anda boleh lakukan di rumah sambil menonton siri Netflix kegemaran anda.

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Toner Timun dan Madu

 

 

Timun membantu memberikan kesegaran berpanjangan pada wajah. Bahkan ia juga dapat mengurangkan kemerahan serta bengkak pada wajah.

 

Caranya:

  • Kupas 2 biji timun, kisar dan asingkan jus timun ke dalam bekas berlainan.
  • Campurkan 1 sudu besar madu ke dalam jus timun tersebut dan voila! Kini toner timun dan madu anda siap untuk digunakan.
  • Gunakan dua kali sehari untuk kulit yang lebih bersih dan segar. Ia hanya mampu bertahan selama seminggu di dalam peti ais.  

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link