Beauty Do-It-Yourself: Dapatkan Kulit Berseri Di Rumah Hanya Dengan 8 Tip Ini

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Tidak perlu berbelanja ribuan ringgit! Hanya dengan mengamalkan 8 remedi kecantikan mujarab ini, anda boleh realisasikan kulit wajah yang cantik berseri tidak lama lagi! Yang paling penting ia jauh lebih selamat kerana tanpa bahan kimia serta menjimatkan.

 

 

Setiap wanita mengidamkan kulit cantik berseri dari dalam dan dari situlah mencetuskan idea buat pelopor-pelopor produk kecantikan di seantero dunia untuk mengeluarkan produk kecantikan jenama masing-masing.

 

Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya anda tidak perlu berbelanja lebih untuk membuat rawatan kecantikan kerana anda sendiri boleh lakukannya di rumah. Nak tahu kenapa? Kerana semua ramuan yang ada dalam produk-produk kecantikan di pasaran ada di ruang dapur rumah anda!

 

EH! kongsikan 8 tip kecantikan yang anda boleh lakukan di rumah sambil menonton siri Netflix kegemaran anda.

4 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Mandian Susu dan Madu

 

 

Menurut legenda, antara rahsia kecantikan Cleopatra ialah dengan menikmati rendaman mandian campuran susu dan madu. Apabila timbul keinginan dalam diri anda untuk memanjakan diri, apa kata anda cuba hasilkan air rendaman mandian ini.

 

Caranya:

  • Penuhkan tab mandi anda dengan air mengikut suhu yang diingini.
  • Campurkan 2 cawan susu bersama 1/2 cawan madu ke dalam air rendaman dan ia siap untuk bath-up time!

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link