Beauty Do-It-Yourself: Dapatkan Kulit Berseri Di Rumah Hanya Dengan 8 Tip Ini

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Tidak perlu berbelanja ribuan ringgit! Hanya dengan mengamalkan 8 remedi kecantikan mujarab ini, anda boleh realisasikan kulit wajah yang cantik berseri tidak lama lagi! Yang paling penting ia jauh lebih selamat kerana tanpa bahan kimia serta menjimatkan.

 

 

Setiap wanita mengidamkan kulit cantik berseri dari dalam dan dari situlah mencetuskan idea buat pelopor-pelopor produk kecantikan di seantero dunia untuk mengeluarkan produk kecantikan jenama masing-masing.

 

Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya anda tidak perlu berbelanja lebih untuk membuat rawatan kecantikan kerana anda sendiri boleh lakukannya di rumah. Nak tahu kenapa? Kerana semua ramuan yang ada dalam produk-produk kecantikan di pasaran ada di ruang dapur rumah anda!

 

EH! kongsikan 8 tip kecantikan yang anda boleh lakukan di rumah sambil menonton siri Netflix kegemaran anda.

5 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Masker Oat dan Madu

 

 

Resipi masker ini sangat ringkas tetapi mampu memberi kesan yang sangat efektif pada wajah, terutamanya jika anda terlalu lama berjemur di bawah sinaran matahari. Serat oat bertindak sebagai bahan anti-radang dan membantu mengurangkan kegatalan pada kulit, manakala madu pula membantu mengembalikan seri pada kulit wajah.

 

Caranya:

  • Kisar 1 1/2 sudu besar oat.
  • Campurkan madu sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan yang diinginkan.
  • Sapukan masker pada keseluruhan wajah dan biarkan selama 10 minit.
  • Bilas dengan air suam.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link