Beauty Do-It-Yourself: Dapatkan Kulit Berseri Di Rumah Hanya Dengan 8 Tip Ini

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Tidak perlu berbelanja ribuan ringgit! Hanya dengan mengamalkan 8 remedi kecantikan mujarab ini, anda boleh realisasikan kulit wajah yang cantik berseri tidak lama lagi! Yang paling penting ia jauh lebih selamat kerana tanpa bahan kimia serta menjimatkan.

 

 

Setiap wanita mengidamkan kulit cantik berseri dari dalam dan dari situlah mencetuskan idea buat pelopor-pelopor produk kecantikan di seantero dunia untuk mengeluarkan produk kecantikan jenama masing-masing.

 

Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya anda tidak perlu berbelanja lebih untuk membuat rawatan kecantikan kerana anda sendiri boleh lakukannya di rumah. Nak tahu kenapa? Kerana semua ramuan yang ada dalam produk-produk kecantikan di pasaran ada di ruang dapur rumah anda!

 

EH! kongsikan 8 tip kecantikan yang anda boleh lakukan di rumah sambil menonton siri Netflix kegemaran anda.

6 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Skrub Badan Madu dan Gula

 

 

Pengelupasan sebenarnya membantu menyegarkan dan memperbaharui sel kulit. Skrub badan ini dapat mengurangkan kesan parut serta pada masa yang sama memberikan kulit yang lebih anjal. Amalkan penggunaan skrub badan ini seminggu sekali untuk kesan yang lebih memuaskan!

Caranya:

  • Campurkan madu dengan gula dalam nisbah 2:1. Tambah madu mengikut kepekatan yang anda inginkan.
  • Masukkan ¼ cawan gula (cukup untuk separuh bahagian tubuh)
  • Sapu skrub dengan urutan lembut selama 15 minit.
  • Bilas dengan air suam dan sapukan pelembap atau losyen selepas mandi.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link