Beauty Do-It-Yourself: Dapatkan Kulit Berseri Di Rumah Hanya Dengan 8 Tip Ini

Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)

 

Tidak perlu berbelanja ribuan ringgit! Hanya dengan mengamalkan 8 remedi kecantikan mujarab ini, anda boleh realisasikan kulit wajah yang cantik berseri tidak lama lagi! Yang paling penting ia jauh lebih selamat kerana tanpa bahan kimia serta menjimatkan.

 

 

Setiap wanita mengidamkan kulit cantik berseri dari dalam dan dari situlah mencetuskan idea buat pelopor-pelopor produk kecantikan di seantero dunia untuk mengeluarkan produk kecantikan jenama masing-masing.

 

Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya anda tidak perlu berbelanja lebih untuk membuat rawatan kecantikan kerana anda sendiri boleh lakukannya di rumah. Nak tahu kenapa? Kerana semua ramuan yang ada dalam produk-produk kecantikan di pasaran ada di ruang dapur rumah anda!

 

EH! kongsikan 8 tip kecantikan yang anda boleh lakukan di rumah sambil menonton siri Netflix kegemaran anda.

8 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

8. Toner Timun dan Delima

 

 

Gabungan jus delima dan timun dapat memberi efek dua dalam satu, iaitu menjadi ejen pengelupasan dengan menyingkirkan sel kulit mati sekali gus memberi seri baru kepada kulit yang rosak dan kusam.

 

Caranya:

  • Sediakan ½ cawan biji delima dan 1 biji timun.
  • Kisar biji delima serta timun secara berasingan dan asingkan jusnya.
  • Campurkan kedua jus tadi ke dalam satu bekas.
  • Gunakannya dua kali dalam sehari.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link