Makanan Yang Menyebabkan Anda Tampak Lebih Berusia

Penuaan adalah proses yang normal namun disebabkan oleh gaya hidup dan habit yang tidak menyihatkan, rata-rata ramai yang tampak lebih berusia daripada umur sebenarnya.

 

Gambar : Shutterstock

 

Mengapa ini berlaku? Semuanya kerana pemilihan makanan kita yang salah. Selain daripada bersenam, tidak merokok, tidur awal dan minum air dengan cukup, makanan yang sihat dan seimbang memainkan peranan penting. Jika tersalah langkah dalam pemakanan, bukan sahaja berat badan meningkat, rupa juga tampak lebih tua.

 

EH! senaraikan lima jenis makanan yang perlu dikurangkan agar penampilan lebih berseri selain kulit tampak cantik seakan-akan 10 tahun lebih muda.

1 of 5

1. Gula

 

 

 

Pengambilan gula berlebihan boleh mengaktifkan proses yang memberi kesan buruk kepada kolagen kulit. Perlu ingat bahawa kolagen ini penting bagi memastikan kulit tampak muda dan anjal. Malah gula juga boleh menyebabkan kerosakan gigi selain mengubah warnanya menjadi kekuningan. Gula juga boleh merosakkan hipokampus iaitu bahagian utama dalam otak yang dikaitankan dengan memori dan emosi.

Artikel Berkaitan

Copy link