Meniti hari mengejar impian

Teks : Nor Azliany

Setiap kejayaan punya cabaran bagi mencapai impian yang dingini. Ikuti temubual bersama dua wanita iaitu  Nur Amira dan Fatin Hanani yang mengecapai impian mereka bersama jenama kecantikan Mary Kay! 

 

Kiri Fatin Hanani dan kanan Nur Amira

 

Bagaimana anda boleh menceburi dalam bidang ini?

 

Nur Amira: Saya mulakan kerjaya saya di Mary Kay pada 2012 dan kini, sudah 7 tahun saya bersama Mary Kay. Ketika itu, saya bekerja secara “Part Time” selama 3 tahun. Kemudian saya membuat keputusan untuk bekerja secara tetap dengan Mary Kay.  Saya mengenali Mary Kay melalui kawan saya dan dia juga lah yang mengajak saya untuk menyertai sebuah kelas solekan dan sememangnya saya amat meminati solekan cuma sebelum ini saya hanya belajar melalui youtube sahaja. Dalam kelas tersebut bukan sahaja diajar tentang solekan tetapi cara penjagaan wajah dengan betul turut diajar. Kebetulan ketika itu saya juga mengalami masalah pada wajah dan tidak mempunyai produk penjagaan wajah yang tetap. Selepas mencuba sendiri produk Mary Kay ternyata ia sesuai dengan wajah saya. Rakan mula menegur saya cakap kulit saya kelihatan lebih cerah dan berseri. Dari situ saya hanya berkongsi bersama mereka yang bertanya sahaja dan tidak sangka pula ada yang berminat untuk membeli. Dari situ saya terfikir sebenarnya  Mary Kay ini boleh menjana pendapatan yang lumayan.

 

Fatin Hanani: Saya menyertai Mary Kay pada Oktober 2012 setelah menjadi pengguna setia produk jenama antarabangsa ini lebih kurang setahun. Sebelum menyertai Mary Kay saya mempunyai perniagaan butik online saya sendiri yang saya kendalikan selama 2 tahun. Saya mula mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Mary Kay. Setelah menyertai Mary Kay, dan mengetahui lebih tentang syarikat ini, saya mula tertarik dengan peluang lain. Menjalankan perniagaan online sendiri, saya tiada panduan dan dorongan. Saya perlu mencari sendiri segalanya dan menguruskn semuanya dari ‘ a hingga z’. Tetapi di Mary Kay, semuanya telah tersedia bermula dari marketing, info produk,training dan juga ‘rewards’ yang sangat istimewa. Saya sangat tertarik dengan peluang pembelajaran yang ada di Mary Kay. Semuanya telah tersedia bermula dari menjadi seorang beauty consultant baru, hinggalah ke setiap peringkat kenaikan tangga kerjaya, telah disediakan training khas untuk kami. Peluang menyertai training di peringkat antarabangsa juga adalah sesuatu yang sangat mengujakan saya.

 

Nur Amira

 

Cabaran yang anda hadapi untuk capai ke tahan dimana anda berada sekarang?

 

Nur Amira: Mulanya ramai kawan-kawan terdekat menjauhkan diri dari saya kerana mereka tahu saya menjual barang. Perasaan down itu mesti ada tapi saya tidak putus harapan. Saya terus mencuba dan keluar dari kelompok yang selesa.

 

Fatin Hanani: Cabaran saya adalah sewaktu awal pembabitan saya bersama Mary Kay. Pembahagian masa untuk menguruskan anak yang masih kecil lagi dan pada ketika itu suami saya selalu outstation. Saya pula tidak mempunyai lesen memandu, saya kena belajar untuk berdikari dan menguruskan segalanya sendiri. Cabaran lain yang saya hadapi adalah dalam Mary Kay kita berkerja dengan manusia. Saya perlu belajar untuk memahami setiap karakter mereka bagi membantu mencapai apa yang mereka inginkan.

 

Kejayaan anda bersama Mary Kay?

 

Nur Amira: Alhamdulliah kini saya telah menjadi Executive Senior Sales Director dan mempunyai sebuah kereta Camry yang diberikan oleh Mary Kay.  Selain itu saya dapat mengikuti Top Director Trip  yang ditaja sepenuhnya oleh Mary Kay antaranya Rome.

 

Fatin Hanani:  Lebih kurang 7 tahun di Mary Kay, saya telah beperluang menyertai pelbagai training di peringkat antarabangsa yang ditaja sepenuhnya oleh Mary Kay seperti ke Dallas, Singapura dan China.

 

 

Fatin Hanani

 

Apa yang anda dapat pelajari sepanjang anda bersama Mary Kay?

 

Nur Amira: Sebelum ini saya seorang yang pemalu, tidak berkeyakinan dan penakut. Mary Kay banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih positif dan lebih berani untuk berhadapan dengan orang.

 

 

Fatin Hanani: Dengan pengalaman dan proses pembelajaran di Mary Kay, ia banyak membawa perubahan pada diri saya sendiri. Saya menjadi seorang wanita yang lebih berkeyakinan, positif dan optimis dengan kehidupan dan untuk mencapai impian saya pada masa hadapan.

 

Apakah impian anda bersama Mary Kay?

 

Nur Amira : Saya ingin mengembangkan atau menaiktarafkan kerjaya saya dalam Mary Kay dengan memegang jawatan National Sales Director. Buat masa sekarang saya tengan berusaha kearah tersebut. Bagi mendapatkan National Sales Director saya perlu membantu lebih ramai orang. Seiring dengan impian saya, saya ingin membantu lebih ramai wanita untuk berjaya dan mencapai impian mereka.

 

Fatin Hanani:  Saya bersyukur di pertemukan dengan Mary Kay. Impian saya adalah ingin membantu lebih ramai wanita yang saya temui dan melihat mereka mencapai impian mereka di Mary Kay dan dalam hidup mereka.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link