Seperti Hasil Kemasan Profesional

Hanya satu perkara yang menjadi keutamaan Peter Phillips semasa menghasilkan rangkaian Dior Backstage bersama pasukan jurusolek profesional rasmi Dior, dia mahukan solekan yang mudah digunakan, “Saya mencipta semula setiap produk solekan dalam rangkaian ini buat mereka yang mahu hasil kemasan seperti sentuhan profesional tetapi dengan menggunakan satu item yang mudah diguna”. Hasilnya terbukti semasa sesi peragaan Dior Cruise 2020 di Marrakesh, Morocco dimana kesemua model yang dibariskan tampil dengan solekan yang sempurna dan kekal berseri biarpun dibalik cuaca panas.


EH! terokai kesemua rangkaian yang disenaraikan dan kenali setiap tekstur, warna dan kemasanya pada lima belas jejaka dan jelitawan, antaranya adalah model, selebriti dan bintang media sosial untuk buktikan bagaimana ia menyamar ketidaksempurnaan kulit dan bagaimana pula palet warna bibir dan mata yang diketengahkan memberi sinaran yang sempurna pada wajah. Dior Backstage ada kesemuanya!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

ALL EYES ON YOU

Alicia Amin, 24. Menggunakan Dior Backstage Face & Body Foundation 2N (RM155) bersama kemasan Dior Backstage Custom Eyes Palette 001 Universal (RM202)

Mengetengahkan palet rona kedam dan natural dari The Custom Eye Palette Universal 001 Neutrals pada mata, Alicia Amin kelihatan lebih bold biarpun hanya mengenakan gincu dalam warna natural. Solekan mata berkabut membentuk gaya yang lebih mengoda seterusnya menyerlahkan lagi personality Alicia yang daring dan berani untuk keluar dari kotak biasa. Kesemua sembilan palet yang diketengahkan di dalam palet ini boleh diaplikasi dengan bebas dan anda juga boleh menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan solekan mata yang menawan seperti model di pentas peragaan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link