“Berlari, Penawar Semula Jadi Penuaan.” – Vanidah Imran

Teks : Nor Azliany (Arkib EH! Okt 2018)

 

Berlari merupakan cara saya untuk menghilangkan tekanan dan rahsia semula jadi melambatkan penuaan!

 

 

Vanidah Imran nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan tanah air. Memiliki raut wajah klasik membuatkan pelakon ini sentiasa kelihatan cantik menawan. Bagi ‘primadona’ filem ‘The Red Kebaya’ ini rutin penjagaan wajahnya sangat ringkas dan tidak terlalu rumit.

 

 

Gemar berlari dan sekurang-kurangnya antara 5 ke 10 kilometer jarak yang akan Vanidah lakukan dalam rutin lariannya. Dia juga akan memastikan setiap bulan dalam jadualnya terisi dengan acara larian. Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini dengan berlari ia dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat dan itu juga merupakan rahsia semula jadi untuk dirinya kekal muda. Selain dari larian, senaman yoga dan berenang juga menjadi pilihannya.

 

8 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

8. Bagaimana pula penjagaan rambut anda?

Saya mengamalkan sapuan minyak kelapa.

Artikel Berkaitan

Copy link