Berry Beautiful! Khasiat Buah Beri Untuk Cantik

Dari pencuci hinggalah ke pelembap berformulakan buah beri saya cuba, and I like it berry much!

Ada apa dengan buah beri? Semakin lama, semakin banyak produk yang hadir dengan bahan power fruit ini. Dan saya mencubanya sendiri untuk ketahui benarkah ia bahan antioksida yang bagus dan mampu mencerahkah wajah selepas sebulan mencuba? Jujurnya, memang ada sedikit perubahan yang dapat dilihat. Ton kulit tampak lebih sekata, kurang tompok hitam atau parut jerawat yang terdahulu. Kesan dari bahan antioksida ini juga ternyata menjadikan kulit lebih lembut  dan tampak segar.

Mencuci

Pertama sekali sudah tentulah mencuci wajah dengan sempurna. Fresh Seaberry Skin Nutrition Cleansing Oil ini dapat membersihkan kesan-kesan solekan dengan begitu berkesan. Malah selepas cucian juga kulit tidak berasa tegang atau terlalu berminyak. Kemudian kulit pula dilulur menggunakan Mario Badescu Strawberry Face Scrub. Skrub ini bukan saja mampu mengurangkan sel-sel kulit mati malah turut menyerlahkan kulit yang kusam. Namun saya rasakan partikel skrubnya agak halus dan seakan tidak puas apabila digosok. Tetapi itu mungkin satu faktor yang juga agar kulit tidak rosak jika dilulur selalu.

Fresh Seaberry Skin Nutrition Cleansing Oil RM197

Mario Badescu Strawberry Face Scrub RM65

 

Menyegar dan Melembap

Usai mencuci wajah, saya cuba untuk mengembalikan keadaan kulit yang terdedah dengan udara luar menggunakan Glam Glow Berry Glow Probiotic Recovery Mask. Mungkin kesannya tidaklah terlalu cepat, jadi setelah saya bilas pupur ini kulit masih tampil seperti biasa. Cuma selepas beberapa minggu dapat lihat kulit menjadi seakan bersinar apabila dicuci. Ia serasi untuk dioles sebelum anda bersolek juga!

Glam Glow Berry Glow Probiotic Recovery Mask RM205

 

Saya oleskan pula Laneige Clear C Advanced Effector. Fungsinya sama sebenarnya seperti toner, walaupun ia disarankan dioles sebelum toner. Jadi saya menyegarkan wajah menggunakan Effector ini dan setiap kali selesai pemakaian saya akan rasakan kulit cukup licin dan boleh dilihat pori-piri kurang ketara. Ia hadir dengan kapas muka dan perlu dihabiskan selama 30 hari. Clarins Hydra Essentiel pula saya gunakan sebagai langkah akhir untuk mengunci semua khasiat produk sebelumnya. Saya oleskan pelembap ini siang dan malam. Dengan bahan Beauty Berry di dalamnya ternyata membuat kulit menjadi lembut dan cerah, malah teksturnya juga cukup ringan. Serasi untuk digunakan jika anda gemarkan langkah yang banyak (layering).

Laneige Clear C Advanced Effector

Clarins Hydra Essentiel

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link