Biar Pahit, Asal Cantik

Pada zaman moden ini, kita agak bertuah kerana mempunyai teknologi moden untuk mengekalkan kejelitaan serta awet muda. Rawatan muka, suntikan vitamin, botox dan rawatan laser mampu membuat wajah cantik dan tampak muda. Tetapi, pernahkah anda tertanya bagaimana nenek moyang kita mengekalkan kecantikan mereka suatu ketika dahulu?

 GIGI LEBIH PUTIH DENGAN STRAWBERI >>

BAGAIMANA ESTRAK CITRUS  MENGHALANG BAU BADAN >>

Kebanyakan daripada mereka sudah mula menjaga kecantikan seawal usia remaja. Ulam-ulaman menjadi ‘snek’ harian wajib untuk mereka. Ulam pegaga, daun selom, peria, kangkung termasuk petai dan jering yang berbau busuk itu bukan sahaja boleh membantu mengekalkan kesihatan dalaman, tetapi mampu menaikkan seri wajah dan kekal awet. Tidak dinafikan, kebanyakkan ulam-ulaman ini agak pahit dan bukan semua orang sanggup memakannya. Namun khazanah bumi yang semakin dilupakan ini adalah di antara cara yang paling jimat dan mudah untuk anda memelihara kecantikan dalaman dan luaran.

 CARA MEMBEZAKAN MADU ASLI DENGAN TIRUAN >>

KENALI 5 DIMENSI KULIT ANDA >>

Selok-eloknya, ulam-ulaman ini dimakan mentah untuk mengekalkan khasiatnya. Jika anda biasa memakannya, rasa pahit itu tidak lagi menjadi masalah. Namun, jika masih sukar untuk anda memakannya begitu sahaja anda boleh memotongnya kecil-kecil dan  mencampurkannya ke dalam minuman seperti teh atau sirap.

*Untuk mengetahui khasiat ulam-ulaman dengan lebih mendalam, selak ke halaman 180 EH! keluaran Mac di dalam artikel tulisan Izni Jalil.

Share via
Copy link