Active & Hydrate Cara Ain Edruce

Gambar : Dari Instagram @ainedruce

EH! percaya antara faktor yang dapat mengekalkan keserian kulit merangkumi dua hal penjagaan, yakni dalaman dan luaran. Apa yang kita makan, produk yang kita oles di muka juga aktiviti kecergasan termasuk cara kita berfikir akan mempengaruhi kesihatan kulit secara zahir. Meniliti hal ini EH! tertarik bagaimana Ain Edruce menyeimbangkan kesemua elemen ini.

Dia sentiasa tampil dengan mood yang energetic dan fun bila bersama. Mudah berkongsi tentang hal peribadi dan begitu juga dalam memberi apa sahaja tip dan nasihat, ada sahaja yang dia ingin kongsikan. Jika lihat  di Instagram, pasti kita akan terlihat gambar-gambarnya Ain melakukan aktiviti lasak seperti berlumba kereta dan juga aktiviti kesihatan di gim. EH! sempat menjenguk aktiviti wanita yang memiliki suara serak kala dia berada di gim dan kami sempat bertanyakan beberapa soalan tentang aktiviti kecergasan yang dia amalkan.

 

 

Kenapa Ain rasa semua wanita perlu luangkan sedikit masa untuk aktiviti sihat?

Bagi Ain sendiri, Ain lakukan aktiviti sihat ini semua bukan semata-mata untuk nampak kurus dan cantik sahaja tetapi untuk capai tenaga dan stamina yang tinggi. Jadual kerja Ain memang sentiasa padat, jadi Ain perlukan stamina yang tinggi dan sebab kedua adalah dengan melakukan aktiviti keluar peluh ini kita dapat singkirkan bukan sahaja lemak yang berlebihan tetapi juga toksik di dalam badan, dalam masa yang sama it flush out my negative energy dalam diri, so when I step out from gym, I feel so fresh, so energetic and so positive! 

 

Kebiasaanya berapa lama Ain luangkan masa untuk melakukan aktiviti sanaman?

Minimum 45 minit. Selalunya Ain akan sertai kelas senaman seperti ‘fly cycle’, ‘fly climb’ dan boxing. Bagi Ain dengan memasuki kelas kecergasan sebegini kita akan lebih komited dan akan terus menghabiskan sesi kelas sehingga ke penghujungnya.

 

Bagaimana pula Ain mengawal diet pemakanan?

Bila bercakap tentang diet saya sebenarnya tidak makan sayur (ketawa). Dan sebab itu setiap pagi ibu saya akan buatkan jus sayur untuk Ain, antara kandungannya seperti bayam, epal hijau, seleri dan lemon. Kesannya anda boleh rasa dalam diri, tidaklah menambahkan tenaga atau sebagainya tetapi you know you have enough vitamin in your body, dan ia akan tampak seri pada kulit wajah.

 

Selain melakukan aktivit di gim, apa lagi aktiviti lasak yang Ain gemar lakukan?

Sekarang Ain kerap melakukan aktiviti lumba kereta bersama rakan selebriti lain. Bagi Ain this is other way to escape diri Ain dari masalah dan kerisauan yang ada dalam kepala. Kepuasannya memang berbeza!

 

 

Bagi Ain, apa perkara paling penting sebelum dan selepas bersenam?

Salah satu perkara penting sebelum bersenam jangan makan sesuatu yang berat, ingat lagu tahun lepas Ain pernah besenam selepas berbuka puasa, rasa macam nak muntah. Apa yang terbaik adalah makan sesuatu yang ringan tetapi tinggi dalam nutrisi, contohnya pisang, biskut sihat dan sebagainya untuk memberi anda tenaga. Buat selepas bersenam pula cool down atau body stretching selepas bersenam amat penting supaya badan anda tidak sakit dan lenguh selepas bersenam.

 

Adakah Ain rasa aktiviti senaman ini membantu Ain untuk capai keserian kulit wajah?

Of course! Bagi Ain, bila kita berpeluh kita secara tidak langsung akan detoks toksik dalam tubuh kita, jadi secara automatik, kulit akan jadi lebih segar dan sedikit lebih sihat dari biasa.

 

Hydra Beauty Mist: RM 310 / Micro Gel Yeux: RM 265

 

Apa pula item kecantikan kegemaran Ain?

Kalau dalam rangkaian Chanel Hydra Beauty yang Ain sedang gunakan sekarang, item paling best ialah Eye Serum (Hydra Beauty Micro Gel Yeux), Waktu tidur Ain kadang-kadang memang tak menentu, sometimes lepas shooting pun Ain akan lepak bersama kawan-kawan, jadi bagi Ain penjagaan kulit bawah mata ini amat diperlukan, teksturnya tidak terlalu melekit dan berminyak dan cepat menyerap, bila digunakan sebelum tidur, mata akan tampak segar dan cukup rehat keesokan pagi. Item kedua pula sudah semestinya jadi Hydra Beauty Essence Mist, Kalau pegi shooting di tengah panas matahari, di gim atau semasa bercuti, ini pasti jadi item yang Ain akan bawa, baunya juga segar dan tidak keterlaluan. Sometimes you need a quick hydration on your skin supaya tidak kering dan tampak lesu.

 

Share via
Copy link