Capai kesempurnaan kulit dalam satu kompak mudah bawa

Bertindak bagai magis, bedak kusyen dua dalam satu Laneige Layering Cover Cushion yang memenangi Anugerah Cantik EH! dalam kategori Bedak Kusyen Pilihan tetap jadi pilihan ramai!

 

Jenama perintis bedak kusyen nombor 1 dari Korea ini memang susah untuk ditandingi, ini adalah kerana ia dihasilkan bersama Water Capture System yang memberi penghidratan, Aqua Melting Technology yang memberi litupan yang menyeluruh dan juga SPF 50+++ yang melidungi kulit sepanjang hari.

 

Kini ia tampil dalam inovasi dua dalam satu iaitu penyamar noda dan juga bedak asas dalam satu bekas emas merah ekskusif menjadikan item ini mesra diguna di mana sahaja. Didatangkan bersama Edge Puff yang menjadikan aplikasi bedak di bahagian bawah mata dan sisi hidung dengan lebih sekata tanpa kesan bertompok.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link