Cerita Cantik Sharifah Amani

FOTOGRAFI MUHAMMAD ZULFIKRY TEKS, PENYELARAS AZLIANY MOHAMAD ARAHAN SENI YANTIE BASHARUDIN SOLEKAN EMMY AGUNG DANDANAN CODY CHUA AKSESORI BREMEN WONG

 

 

Bila sebut nama Sharifah Amani pastinya akan teringat watak Orked yang dipegangnya dalam filem ‘Sepet’. Pelakon yang terkenal dengan memiliki tubuh badan kecil, raut wajah yang lembut dan paling penulis iri hati dengan Nani (panggilan mesra Sharifah Amani) wajahnya kelihatan seperti anak remaja, bagaikan tidak dimakan usia.

Memiliki personaliti yang ramah dan cepat mesra membuatkan penggambaran ini berjalan lancar. Anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar ini amat meminati dunia Bollywood. Nani sempat bercerita tentang rutin penjagaan kecantikannya bersama EH!. Katanya dia seorang yang sederhana dalam penjagaan kulit dan dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan khas untuk wajahnya.

 

Siapa idola anda?

Seniwati Zaiton dan Deepika Padukone.

 

Cantik bagi anda…

Cantik adalah karakter seseorang. Bila dalaman lebih cantik dari luaran ia akan lebih menyerlahkan lagi personality sesorang itu.

 

Kongsikan penjagaan kulit anda?

Saya bertuah kerana dilahirkan dengan kulit yang tidak mempunyai masalah. Saya hanya melakukan penjagaan yang asas sahaja seperti membersih, menyegar dan melembapkan kulit.

 

Berapa kerap anda bersolek?

Saya hanya akan bersolek ketika bekerja. Sekiranya tidak mempunyai jadual kerja, saya akan biarkan kulit wajah saya bernafas tanpa sebarang solekan. Ia sangat penting!

 

Alat solek kegemaran anda?

Maskara dan pengaris mata.

 

Solekan yang anda ingin cuba?

Dulu saya selalu ingin memiliki kening yang bersambung seperti Kajol. Selain itu saya ingin cuba solekan pengaris mata ala Bollywood.

 

Bagaiman pula dengan penjagaan badan pula? Adakah Nani mengamalkan sebarang diet?

Saya mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya banyak mengambil buahbuahan seperti beri, banyakkan sayuran dan oat.

 

Bagaimana pula dengan senaman?

Jujurnya saya bukan seorang yang bersenam. Senaman saya hanya turun tangga dari ruang menonton televisyen hingga ke ruang bawah

 

Lagu yang dapat menaikan mood anda ketika mendengarnya?

Lagu dari komposer terkenal Bollywood A.R. Rahman.

Share via
Copy link