#DiariCantikNani – Produk Kecantikan Pilihan

Teks : Azliany Mohamad

 

Setiap hari ada saja produk baru yang keluar di pasaran dan pastinya anda semua penasaran untuk mencuba begitu juga saya. Di bawah antara produk yang sempat saya cuba dan mungkin juga anda boleh mencubanya juga untuk tampil cantik! 

 

 

 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Clarins Double Serum RM325/30ml, RM435/50ml

 

 

Baru– baru ini Clarins melancarkan Double Serum yang telah diperbaharui teknologi dan penambahan bahan dalam produk tersebut membuatkan saya ingin mencubanya. Pada mulanya saya mencuba di bahagian tangan sahaja kerana takut tidak menyukai teksturnya, tetapi jangkaan saya salah, malah saya amat menyukainya dan mencubanya di keseluruhan wajah. Kulit saya berasa lembap dan tidak kelihatan kering.

Tekstur: Cecair, ringan, tidak melekit dan cepat meresap
Kualiti: Selesa
Aplikasi: Senang untuk dipakai.
Sapukan serum ini setiap pagi dan malam selepas memakai penyegar sebelum memakai pelembap.
Bungkusan: Menarik

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link