#DiariCantikNani – Produk Kecantikan Pilihan

Teks : Azliany Mohamad

 

Setiap hari ada saja produk baru yang keluar di pasaran dan pastinya anda semua penasaran untuk mencuba begitu juga saya. Di bawah antara produk yang sempat saya cuba dan mungkin juga anda boleh mencubanya juga untuk tampil cantik! 

 

 

 

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 3. Benefit Foolproof Brow Powder RM125 

 

 

Melukis kening bukanlah kepakaran saya. Walaupun sudah banyak kali pelajari cara melukis kening daripada jurusolek profesional, saya masih tidak mahir. Kebelakangan ini saja saya berlatih melukis kening sendiri. Saya mencuba Benefit Foolproof Brow Powder yang baru, ternyata ia agak mudah digunakan lebih-lebih lagi bagi saya yang baru belajar melukis kening.

Tekstur: Bedak & Ringan
Kualiti: Tahan lama & tidak comot
Aplikasi: Senang untuk dipakai. Cuma berus yang diberikan tidak pratikal kerana berusnya terlalu kecil dan susah untuk dipegang terutamanya bagi yang memiliki tangan yang besar.
Bungkusan: Menarik & Comel

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link