#DiariCantikNani – Produk Kecantikan Pilihan

Teks : Azliany Mohamad

 

Setiap hari ada saja produk baru yang keluar di pasaran dan pastinya anda semua penasaran untuk mencuba begitu juga saya. Di bawah antara produk yang sempat saya cuba dan mungkin juga anda boleh mencubanya juga untuk tampil cantik! 

 

 

 

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Rawatan Wajah (Laser) 

 

 

Beauty is Pain. Beberapa bulan yang lalu saya berpeluang mencuba rawatan laser iaitu Microneedling yang mana manfaatnya mampu untuk mengurangkan garis halus pada wajah, memudarkan bekas parut dan mengecilkan liang pori. Semestinya rasa takut kerana wajah saya akan dicucuk dengan jarum halus sebanyak 15 batang. Rasa sakitnya seperti digigit semut api dan rasa terkejut kerana tindak balas jarum dengan kulit wajah yang menusuk ke dalam wajah. Muka saya bengkak dan ada kesan tusukkan jarum pada wajah untuk jangka masa yang agak lama juga.

Kesan selepas rawatan: Wajah bengkak untuk beberapa hari, kering dan sensitif.
Pemulihan: Sentiasa memakai krim tabir suria yang mempunyai SPF tinggi. Harus diulang pakai setiap dua jam dan memakai krim pelembap.

Hasilnya: Bulan pertama, perbezaan atau hasilnya tidak nampak begitu ketara tetapi setelah tiga bulan selepas rawatan hasilnya nampak dengan jelas. Kulit wajah saya kelihatan seperti manfaat yang saya nyatakan di atas. 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link